Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA ASIA

Iraq terpaksa berhempas pulas tewaskan Vietnam

Jan 10, 2019 | 05:30 AM



ABU DHABI: Pemain bek kiri Iraq, Ali Adnan, menjadi wira pasukan selepas menyumbatkan gol daripada sepakan bebas pada minit terakhir bagi memastikan kemenangan 3-2 terhadap Vietnam di Piala Asia malam kelmarin.



Ia satu kekalahan pahit di Abu Dhabi bagi pasukan Asia Tenggara itu, namun tiada yang lebih layak untuk memenangi perlawanan itu dari Iraq yang ketinggalan 1-2 selepas separuh masa pertama dan terpaksa berjuang untuk menyamakan kedudukan sebanyak dua kali.



"Persembahan kami di separuh masa pertama sungguh teruk," kata jurulatih Iraq, Srecko Katanec.



"Kami tidak menunjukkan persembahan yang telah kami lakukan semasa latihan, tiada semangat sama sekali.



"Mungkin kerana ia perlawanan pertama, pemain merasakan sedikit tekanan.



"Saya tahu ia satu perlawanan sukar tetapi yang penting kami meraih tiga mata penuh."



Pasukan Golden Dragon (gelaran Vietnam) membuat kejutan dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-24 dalam pertembungan Kumpulan D selepas pemain pertahanan Iraq, Ali Faez Atia, menyumbatkan gol sendiri di bawah tekanan dari Nguyen Cong Phuong.



Iraq, yang menjadi juara Piala Asia pada 2007, menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi penyerang, Mohamad Ali, yang mengambil kesempatan daripada kesilapan benteng pertahanan Vietnam untuk merembat bola masuk daripada sudut luar kotak penalti.



Cong Phuong mengembalikan kedudukan Vietnam untuk berada di hadapan tiga minit sebelum rehat, dengan menjaringkan gol dari jarak dekat selepas percubaan Nguyen Trong Huang berjaya ditepis penjaga gawang, Jalal Hassan Hachim.



Di minit ke-60, Humam Tareq menyamakan kedudukan Iraq menyusuli kesilapan kedua pertahanan Vietnam yang ketika itu mula kelihatan lelah.



Satu kekasaran yang dilakukan pemain Vietnam di luar kotak penalti mereka telah memberikan Adnan peluang untuk merampas tiga mata penuh buat pasukannya dan beliau tidak mengecewakan.



Iraq menyertai Iran sebagai dua pasukan teratas kumpulan dengan tiga mata selepas musuh ketat mereka itu membenam Yemen 5-0. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >