Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Piala Bank AYA: S'pura tewas 0-3 kepada Vietnam, tiada permulaan impian bagi Sundram

Jun 6, 2016 | 10:09 PM
-

Singapura 0

Vietnam 3

PERMULAAN impian sebagai jurulatih pasukan bola sepak nasional bagi V. Sundramoorthy gagal menjadi realiti selepas Singapura tewas 0-3 kepada Vietnam dalam final Piala Bank AYA di Yangon, Myanmar malam tadi (6 Jun).

Singapura, yang tidak merintis sebarang peluang gol ketara sepanjang perlawanan, berjaya mempertahankan jaringan 0-0 sehingga 90 minit perlawanan, mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Namun dilanda keletihan, benteng yang disusun Baihakki Khaizan dan Madhu Mohana runtuh selang 30 saat masa tambahan bermula, sebelum Vietnam menjaringkan dua lagi gol bagi menjamin kemenangan 0-3.

Walau tewas, Sundramoorthy boleh mengambil iktibar daripada kekentalan pasukannya bertahan dalam pertandingan yang dimulakannya dengan kemenangan 1-0 ke atas Myanmar.

Namun kekurangan Singapura kini ketara; dan Sundramoorthy kini berlumba dengan masa bagi membina pasukan yang mampu bersaing dengan pasukan terbaik rantau ini dalam Kejohanan AFF Suzuki akhir tahun nanti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg