Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia: Jepun pula cipta kejutan besar, tewaskan Jerman 2-1

Nov 24, 2022 | 12:17 AM



DOHA: Selepas Arab Saudi mengejutkan Argentina 2-1, kini tiba giliran Jepun pula menunjukkan kualiti bola sepak Asia apabila menundukkan Jerman 2-1 dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia 2022.


Jerman mendahului aksi babak pertama di Stadium Antarabangsa Khalifa apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-33 selepas penjaga gol, Shuichi Gonda mengasari David Raum. 

Ilkay Gundogan menyempurnakan sepakan penalti berkenaan.



Bersambung babak kedua, Jepun menggandakan asakan dan pujian harus diberikan kepada Gonda yang cemerlang menafikan deretan percubaan Jerman.



Kemasukan pemain gantian, Ritsu Doan dan Takuma Asano membawa impak buat Jepun dalam tempoh 15 minit terakhir dengan kedua-dua pemain itu menemui sasaran.



Doan menyamakan kedudukan pada minit ke-75, manakala Asano meledak gol kemenangan Jepun lapan minit kemudian. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >