Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia: Jerman tewaskan Sweden 2-1

Jun 24, 2018 | 09:02 AM



BERLIN: Penyokong Jerman menari dalam hujan di Berlin bagi   meraikan kejayaan skuad juara bertahan   itu mengelak daripada tersingkir awal pada kempen Piala Dunia dengan menewaskan Sweden 2-1 awal pagi tadi (24 Jun).



Mereka yang menyaksikan perlawanan itu menerusi tayangan skrin besar di Brandenburg Gate terpaksa menanti penuh debaran sebelum membaling payung selepas jaringan kemenangan Toni Kroos menyelamatkan Jerman.



“Saya sangat, sangat gembira,” kata Rasdan Abdullah sebaik wisel penamat dibunyikan di Sochi. “Ia perasaan cukup hebat,” kata Birgit Schlag, yang datang ke Berlin untuk menyaksikan konsert Rolling Stones sehari sebelum perlawanan.



Hujan mula membasahi bandar Jerman sebaik Ola Toivonen meletakkan Sweden di depan selepas setengah jam permainan, tetapi   penyokong tetap Jerman menaruh harapan dengan  terus bersorak pada rehat babak pertama.

Kelegaan mula terpancar pada wajah mereka apabila Marco Reus menyamakan kedudukan pada  separuh masa kedua.  



 Apabila Kroos melecongkan sepakan percuma pada minit kelima masa kecederaan, penyokong Jerman melompat kegembiraan.



“Saya sudah katakan sebelum ini bahawa  Reus akan menjaringkan gol,” kata Dieter Mann, seorang pemandu pelancong berusia 60 yang memakai bendera Jerman di kepalanya. “Menurunkannya dan menggugurkan Mesut Ozil adalah keputusan tepat.”



Selepas tumpas 0-1 di tangan Mexico pada perlawanan pembukaan, Jerman perlu menewaskan Sweden untuk mengelak daripada tersingkir awal.



Dengan Mexico kini mengungguli Kumpulan F selepas meraih kemenangan kedua semalam, nasib Jerman bergantung pada keputusan menentang Korea Selatan, manakala Sweden perlu menang ke atas Mexico andai mahu layak ke pusingan kalah mati. –  AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >