Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Piala Dunia: Sekilas perlawanan Colombia-Jepun, Poland-Senegal, Russia-Mesir

Jun 20, 2018 | 3:08 PM
SAMBUT KEMENANGAN: Yuya Osako (tengah) menyambut kemenangan Jepun bersama rakan sepasukannya Yuto Nagatomo (kiri) dan Maya Yoshida selepas menewaskan Colombia.
SAMBUT KEMENANGAN: Yuya Osako (tengah) menyambut kemenangan Jepun bersama rakan sepasukannya Yuto Nagatomo (kiri) dan Maya Yoshida selepas menewaskan Colombia. - Foto AFP

SELEPAS meninggalkan Brazil tanpa sebarang kemenangan empat tahun lalu, Jepun memulakan kempen Piala Dunia mereka di Russia kali ini dengan cukup baik.

Ini meskipun ketua jurulatih Akira Nishino baru dilantik April lalu.

Semasa perlawanan menentang Colombia malam tadi, pemain pertahanan Colombia Carlos Sanchez dilayang kad merah pertama sejak Piala Dunia 2018 bermula pada 14 Jun lalu, hanya empat minit selepas perlawanan bermula.

Bermain menentang 10 pemain Colombia, Jepun mengakhiri perlawanan itu dengan menundukkan Colombia 2-1, menjadikannya pasukan Asia pertama yang berjaya menewaskan sebuah pasukan Amerika Selatan di Piala Dunia.

Namun, pengurus pasukan Jepun Akira Nishino tetap dengan pendirian bahawa ini hanya satu kemenangan dan tiga mata.

Oleh itu, beliau berkata mereka tidak akan menyambut kemenangan itu dahulu.

Sementara itu, Senegal pula menjadi pasukan Afrika pertama yang meraih kemenangan di Piala Dunia 2018 apabila mereka berjaya menewaskan Poland 2-1, hasil gol jaringan sendiri oleh pemain Poland Thiago Cionek dan kesilapan oleh penjaring gol Poland Wojciech Szczesny.

Senegal akan bermain menentang Jepun Ahad ini (24 Jun) sementara Poland pula akan menentang Colombia.

Dalam perlawanan Russia lawan Mesir pula awal pagi tadi (waktu Singapura), harapan terbaik Mesir bagi Piala Dunia 2018, Mohamed Salah, kembali ke padang bola selepas mengalami satu kecederaan sekitar tiga minggu lalu.

Beliau berjaya menyumbatkan satu gol penalti namun ia tidak cukup kerana pasukan lawan yang juga tuan rumah bagi Piala Dunia 2018 sudah pun berjaya menjaringkan tiga gol.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg