Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Taqi hargai peluang khidmat dalam Piala Dunia 'impian'

Diberi kepercayaan berkhidmat dalam lima perlawanan
Dec 22, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Satu keputusan penting yang dibuat oleh penolong pengadil setempat, Taqi Jahari, dan pasukan pegawai penolong pengadil video (VAR) membantu Tunisia mengatasi Perancis 1-0 dalam perlawanan kumpulan Piala Dunia pada bulan lalu.



Pasukan pegawai VAR itu telah memutuskan gol yang dijaringkan oleh pemain Perancis, Antoine Griezmann, dalam masa kecederaan tidak sah kerana beliau berada dalam kedudukan ofsaid apabila gerakan yang berakhir dengan gol itu dimulakan.



Griezmann menyangka beliau telah menyamakan kedudukan dan menyelamatkan pasukannya daripada kekalahan, tetapi reviu yang dilakukan oleh VAR menunjukkan Griezmann menerima bola yang melantun ke arahnya secara tidak sengaja dari kaki pemain pertahanan, Montassar Talbi, selepas Griezmann berada dalam kedudukan ofsaid.



Keputusan itu membolehkan Tunisia terus mendahului perlawanan dengan satu gol yang dijaringkan oleh Wahbi Khazri pada separuh masa kedua.



Bercakap kepada The Straits Times, Taqi berkata:



"Ia adalah keputusan yang betul, tetapi kami berhadapan dengan pelbagai tentangan kerana ia bukan keputusan ofsaid yang ketara serta-merta. Justeru, kami perlu memutuskan urutan kejadian yang berkesudahan dengan gol itu terhasil secara sengaja atau tidak."



Menerangkan lebih lanjut, Taqi berkata fasa baru permainan dianggap telah bermula jika Talbi telah menendang bola dengan 'bersih'.



"Walaupun keputusan perlawanan itu tidak menjejas kedudukan pasukan dalam kumpulan dan tidak mengubah pasukan mana yang mara ke pusingan selanjutnya, ia tetap penting kerana ia memberikan Tunisia kemenangan pertama ke atas Perancis dalam Piala Dunia.



Detik itu adalah sumbangan terbesar Taqi di Qatar, di mana beliau satu-satunya pengadil dari Singapura yang dipilih menjadi pegawai di Piala Dunia 2022.



Keseluruhannya, Taqi menjadi penolong VAR dalam tiga perlawanan, termasuk perlawanan antara Sepanyol dengan Costa Rica yang berakhir dengan kemenangan 7-0 bagi Sepanyol, dan dalam kemenangan 2-0 bagi Brazil ke atas Serbia.



Beliau juga menjadi seorang penyokong VAR bagi dua perlawanan - apabila Belanda diikat 1-1 oleh Ecuador dan semasa Argentina menewaskan Mexico 2-0.



Menurut Taqi, beliau ghairah tetapi gementar menjelang perlawanan pertama di Qatar - antara Sepanyol dengan Costa Rica pada 23 November lalu.



"Tapi ramai antara kami (pegawai) telah menyaksikan perlawanan pembukaan dan setelah pertandingan bermula, kita lebih faham akan standard dan tahap permainan... kita tahu apa yang harus dijangkakan.



"Namun, tentunya, sebagai seorang pengadil, anda harus menjangkakan perkara yang tidak dijangka berlaku, tapi semasa kami mulakan tugas, kami telah pun mempunyai sedikit jangkaan apa yang akan berlaku," kata Taqi.



Taqi, 36 tahun, antara 129 pegawai - termasuk enam perempuan - yang dipilih untuk menjadi pegawai bagi 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar dan antara 24 pegawai yang mengendalikan sistem VAR.



Sistem yang membolehkan pasukan pengadil mengimbas semula sebarang insiden yang berlaku di padang menerusi video, digunakan di Piala Dunia buat kali kedua.



Taqi tiba di Qatar sekitar 10 hari sebelum Piala Dunia bermula pada 20 November dan menjalani latihan jasmani dan VAR intensif.



Jadual latihan ini diteruskan setiap hari sepanjang pertandingan sebulan itu bagi pengadil yang tidak ditugaskan bagi sebarang perlawanan.



Sekitar 51 pegawai, termasuk lima pegawai VAR, tidak meneruskan tugas masing-masing selepas peringkat kumpulan, tetapi Taqi antara kumpulan pegawai yang dilanjutkan khidmatnya.



Saringan kedua diadakan selepas separuh akhir, di mana lagi 29 pengadil dilepaskan.



Taqi antara lapan pegawai VAR yang dilepaskan di peringkat ini.



Justeru, selepas berada di Qatar lebih sebulan, Taqi, yang mempunyai dua anak lelaki berusia lapan dan enam tahun; serta seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan, berpeluang menikmati suasana Piala Dunia yang unik.



Ini adalah kali pertama Piala Dunia diadakan di Timur Tengah dan di negara Arab.



Sebagai seorang peminat bola sepak, Taqi berkata saat dan kenangan paling indah bagi beliau adalah untuk menyaksikan dua suku akhir penuh drama berturut-turut - yang pertama apabila Brazil tewas kepada Croatia melalui tendangan penalti, dan menyusuli itu, apabila Argentina menundukkan Belanda, juga menerusi tendangan penalti.



Mengimbau perjalanannya sepanjang kempen Piala Dunia ini, Taqi berata ia adalah Piala Dunia yang sukar dilupakan.



"Saya amat menghargai sokongan yang diberikan oleh isteri saya dan kepada Persatuan Bola Sepak Singapura kerana memberi saya sokongan sepanjang kerjaya hingga saya sampai ke tahap ini dan meraih peluang sekali dalam hayat untuk mencapai impian ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >