Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Europa: Man U terkial-kial tewaskan Zorya Luhansk 1-0

Sep 30, 2016 | 10:00 AM



MANCHESTER: Zlatan Ibrahimovic menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-69 apabila Manchester United terkial-kial mengalahkan Zorya Luhansk 1-0 dalam kempen Liga Europa pada Khamis (29 Sept).



Pasukan Jose Mourinho, yang tewas 1-0 di Feyenoord dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, bersusah payah untuk menundukkan skuad Ukraine itu hinggalah Wayne Rooney dimasukkan.



Tendangan luncas kapten England itu ditanduk masuk oleh Ibrahimovic. Kemenangan itu meletak United satu mata di belakang pendahulu kumpulan, Fenerbahce, yang akan bertandang ke Old Trafford pada 20 Okt.



Ia jauh daripada prestasi baik United, tetapi mengekalkan peningkatan yang ditunjukkan mereka menyusuli tiga kekalahan berturut-turut, yang menghancurkan momentum pada awal musim mereka. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >