Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA

Apa dah jadi Leicester? Juara bertahan tersungkur mudah

Feb 08, 2022 | 05:30 AM



LONDON: "Teruk, memalukan dan kurang semangat untuk menang."



Selepas gelaran Leicester City sebagai juara bertahan Piala FA berakhir kelmarin, dimalukan 1-4 pada pusingan keempat oleh pesaing di divisyen kedua, Nottingham Forest, pengurus The Foxes Brendan Rodgers, mengkritik hebat anak buahnya.



"Pemain kami harus mencermin diri mereka dan membuktikan sama ada mereka cukup bagus untuk berada di sini, " kata Rodgers.



"Sebahagian besar pemain harus memperbaiki diri. Ia adalah persembahan yang teruk. Saya ingin meminta maaf kepada penyokong. Kami perlu bersikap fizikal dan menguasai perlawanan tapi gagal berbuat sedemikian.



"Pemain kurang bersemangat untuk menang dan anda menjadi goyah apabila anda membuat kesilapan. Ini pertama kali saya rasa malu sejak berada di sini."



Persembahan kelmarin jauh berbeza dari Mei lalu apabila Leicester menumpaskan Chelsea 1-0 hasil rembatan cantik dari jarak jauh Youri Tielemans untuk memberikan Foxes kejuaraan pertama Piala FA mereka.



Dalam percubaan untuk memberi inspirasi kepada pemainnya, Rodgers berkata beliau membawa masuk trofi dalam mesyuarat pasukan awal minggu ini "supaya mereka dapat melihat apa yang mereka telah lalui tahun lalu dan menjadi ia sebagai sumber perangsang".



Namun, di City Ground yang riuh dipenuhi penyokong dan dalam derbi East Midlands yang pertama antara kedua-dua kelab hampir lapan tahun, Forest - yang 'dibantu' oleh pertahanan Leicester yang goyah - wajar untuk menang mungkin dengan gol yang lebih banyak.



Leicester hanya mampu mencatat dua percubaan pada sasaran sepanjang perlawanan dan gawangnya dibolosi tiga kali dalam sembilan pada babak pertama, dengan gol daripada Philip Zinckernagel, Brennan Johnson dan Joe Worrall.



Kesilapan penjaga gol Brice Samba kemudian menghadiahkan Leicester gol menerusi Kelechi Iheanacho, tetapi kelebihan tiga gol Forest kekal apabila Djed Spence menyumbat gol keempat pasukan tuan rumah.



"Terlalu ramai pemain fikir mereka adalah pemain hebat tetapi mereka jauh daripada mencapai tahap itu," tambah Rodgers. "Sesetengah pemain mungkin telah mencapai segalanya di sini.



"Saya melihat mereka berlatih setiap hari dan bagi sesetengah mereka, ia adalah segala yang mereka impikan ketika mereka menang Piala FA - itu mungkin cukup untuk mereka tapi bukan untuk saya."



Sementara itu, polis British berkata seorang lelaki telah ditangkap selepas seorang peminat berlari ke dalam padang dan menyerang pemain Forest yang sedang meraikan gol dalam kemenangan mereka kelmarin.



Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan seorang penyokong menghayun tumbukan ke arah pemain Forest ketika mereka menyambut gol ketiga pada minit ke-32 perlawanan, sebelum dia dihalang oleh dua pegawai keselamatan.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas perlawanan kelmarin, Leicester berkata: "Kelab ini terkejut dengan kelakuan sedemikian dan memohon maaf kepada Nottingham Forest dan pemainnya, yang keselamatannya telah terancam.



"Kami memuji tindakan pantas yang diambil pegawai keselamatan City Ground dalam menangkap individu terbabit, yang akan dikenakan larangan menonton seumur hidup daripada semua perlawanan Leicester City di padang sendiri dan di tempat lawan.



"Kami akan menawarkan segala sokongan kepada pihak berkuasa berkait dalam mengambil tindakan wajar yang selanjutnya."



Polis Nottinghamshire kemudian mengesahkan bahawa seorang lelaki berhubung dengan kejadian itu telah ditahan.



"Siasatan masih di peringkat awal dan siasatan kami mengenai keadaan kejadian sedang dijalankan," kata satu kenyataan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >