Piala FA: Arsenal menang 4-0 tapi tambah masalah cedera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Piala FA: Arsenal menang 4-0 tapi tambah masalah cedera

Mar 10, 2016 | 8:21 AM

Piala FA: Arsenal menang 4-0 tapi tambah masalah cedera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Olivier Giroud menjaringkan gol kedua untuk Arsenal, yang mengalahkan Hull City 4-0 dalam perlawanan ulangan pusingan kelima Piala FA di Stadium KC.
Olivier Giroud menjaringkan gol kedua untuk Arsenal, yang mengalahkan Hull City 4-0 dalam perlawanan ulangan pusingan kelima Piala FA di Stadium KC. - Reuters

LONDON: Arsene Wenger akan mengambil kira masalah kecederaan Arsenal selepas pasukan itu mara ke suku akhir Piala FA pada kos yang tinggi.

Aaron Ramsey, Per Mertesacker dan Gabriel Paulista semuanya digantikan semasa kemenangan selesa 4-0 kelab itu di Hull City pada Rabu (9 Mac).

Arsenal menjadi tuan rumah pada Watford Ahad ini untuk bersaing bagi tempat di separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley pada April. Tetapi Wenger mengakui dia terlebih dahulu harus memikirkan masalah kecederaan pemainnya.

Sebelum pergi ke Stadium KC untuk menemui Hull, Arsenal sudah pun kehilangan Petr Cech, Laurent Koscielny, Santi Cazorla, Alex Oxlade-Chamberlain, Tomas Rosicky dan Jack Wilshere kerana kecederaan.

Penyerang Perancis, Olivier Giroud, meraikan menjadi bapa buat kali kedua dengan menjaringkan dua gol untuk menamatkan kemarau gol 11 perlawanan.

Pemain antarabangsa England, Theo Walcott, menambah dua gol lewat.

Namun, peminat Arsenal sudah mula menunjukkan kekecewaan mereka Wenger belum berjaya menjadikan kelab itu juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 11 tahun.

Satu sepanduk yang dikibarkan semasa perlawanan dengan Hull itu berbunyi: "Terima kasih kerana memori Arsene tetapi sudah tiba masanya untuk pergi" - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg