Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala FA: Chelsea mara, Swansea dikalahkan pasukan divisyen empat

Jan 11, 2016 | 10:02 AM



LONDON: SEJARAH tidak berulang. Kali terakhir Chelsea bertemu sebuah pasukan League One dalam Piala FA, pengurus mereka, Jose Mourinho, mengalami kekalahan paling memalukan dalam kerjayanya dan ia antara kejutan terbesar dalam sejarah pertandingan itu.


Mourinho menyifatkan kekalahan tahun lalu di tangan Bradford sebagai sesuatu yang memalukan.


Keadaan sama sekali berbeza apabila Chelsea, kini dipimpin Guus Hiddink, bertemu Scunthorpe pada Ahad (10 Jan). Kali ini, pasukan itu mengalami hanya satu kebimbangan, apabila Kevin van Veen merayu diberi penalti apabila dicabar oleh Ramires.


Pengadil Craig Pawson menolak rayuannya, dan sebaliknya kemenangan Chelsea ke atas Scunthorpe dipastikan oleh gol Diego Costa dan Ruben Loftus-Cheek.


Sekali gus, kemenangan itu menandakan Chelsea terus menyerlah selepas Mourinho dipecat.


Sementara itu, Kemar Roofe menjaringkan dua gol apabila pasukan divisyen empat Oxford United membuat kejutan besar pertama dalam Piala FA musim ini dengan mengalahkan kelab Liba Perdana, Swansea City, 3-2.


Swansea mendahului apabila Jefferson Montero menjaringkan gol melalui tendangan menggunakan tumitnya.


Namun, Liam Sercombe menyamakan kedudukan menerusi tendangan penalti sejurus sebelum rehat.


Roofe meletak Oxford di depan empat minit selepas rehat dengan tendangan dari luar kotak.


Sepuluh minit kemudian, beliau menyumbatkan gol keduanya selepas serangan balas pantas Oxford.


Bafetimbi Gomis menjaringkan gol kedua Swansea pada minit ke- 66 namun ia tidak menyemarakkan pasukan itu untuk menghasilkan gol penyeri atau kemenangan. - Aagensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >