Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA ENGLAND

Awas Man U! Jangan sesia peluang

Solskjaer beri amaran walau mara ke suku akhir
Feb 11, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberi amaran kepada barisan pemainnya yang mempersia-siakan banyak peluang supaya lebih bijak memanfaatkan kesempatan menghasilkan gol dalam perlawanan selepas berjaya mara ke suku akhir Piala FA awal pagi semalam.



United terpaksa berhempas pulas mencatat kemenangan 1-0 ketika menentang West Ham.



Skuad kendalian Solskjaer terpaksa mengharungi beberapa kesukaran dalam perlawanan pusingan kelima ketika keadaan cuaca sejuk dan bersalji di Old Trafford.



Namun gol pemain tengah antarabangsa Scotland, Scott McTominay, memastikan United mara ke pusingan lapan pasukan terakhir buat musim ketujuh berturut-turut.



Jaringan tersebut merupakan jaringan ketiga McTominay dalam tiga perlawanan musim ini dalam usaha pasukan itu menjulang trofi tersebut buat kali ke-13.



Kali terakhir United memenangi Piala FA pada 2016 di bawah kendalian Jose Mourinho.



Selepas kekecewaan minggu lalu yang menyaksikan United hanya mampu memungut satu mata ketika perlawanan menentang Everton, dengan jaringan penyamaan lewat yang membantutkan usaha mereka mencabar gelaran Liga Perdana England (EPL), justeru kemenangan cukup penting untuk memulihkan semangat di United.



Bagaimanapun United perlu beraksi lebih gigih daripada ketika menentang West Ham yang berjaya bertahan sepanjang separuh masa pertama sebelum McTominay dan Bruno Fernandes dimasukkan pada separuh masa kedua.



"Apabila anda berada pada kedudukan 1-0 dan terlepas banyak peluang, semuanya boleh berlaku kepada kami. Kami tahu ia berlaku pada perlawanan lalu," kata Solskjaer.



"Kami mempunyai 15 hingga 17 peluang sehingga penghujung perlawanan tetapi kami perlu menjadi lebih 'tajam'. Kami sepatutnya memastikan kemenangan lebih awal.



"Kami perlukan keputusan yang baik dan perasaan yang tenang selepas hari ini kerana kami kurang bersemangat selepas perlawanan menentang Everton.



"Kami berada di kedudukan yang baik dan itulah yang kami mahukan. Kami mahu mencabar dan kami mahu melangkah ke final. Disebabkan itu adalah tujuan utama kami di Man United."



Sementara itu, Bournemouth yang beraksi tanpa pengurus, juga berjaya melangkah ke pusingan suku akhir buat kali pertama sejak 64 tahun selepas menewaskan Burnley 2-0.



Sam Surriddge meletakkan Bournemouth di hadapan pada minit ke-21 sebelum Junior Stanislas menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan kemenangan pasukan dua minit sebelum tamat masa perlawanan.



Mengulas tentang kemenangan keduanya sejak mengambil alih sebagai jurulatih sementara pasukan The Cherries itu, Jonathan Woodgate berkata beliau bangga dengan persembahan yang ditunjukkan pemainnya.



"Setiap mereka menunjukkan aksi yang sangat baik, terutama ketika kami mendapat bola dan melancarkan serangan. Mungkin kami boleh mendapatkan lebih banyak gol sebelum masa rehat.



"Saya telah memberitahu pemain bahawa dengan mencatatkan lebih banyak kemenangan, ia akan meningkatkan lagi tahap keyakinan kami. Setiap kali anda menang, keyakinan itu akan datang," ujar Woodgate. - AFP, Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >