Premium
Man Utd melangkah ke pusingan ke-4
Jan 17, 2020 | 5:30 AM
MATA KEMENANGAN: Pemain tengah Manchester United asal Sepanyol, Juan Mata, menjaringkan gol tunggal pada minit ke-67 yang membawa kemenangan 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers. Bersamanya ialah Brandon Williams (kiri) dan Marcus Rashford (kanan) semasa perlawanan ulangan pusingan ke-3 Piala FA England di Manchester, awal pagi semalam. - Foto EPA-EFE -
MANCHESTER: Jaringan cantik Juan Mata pada separuh masa kedua menjadi penentu perlawanan pusingan ketiga Piala FA antara pasukan Red Devils itu dengan Wolves awal pagi semalam.
Pemain midfield Sepanyol itu melantun bola melepasi penjaga gawang, John Ruddy, setelah hantaran Anthony Martial merintis peluang jaringan tersebut.

