Premium
Tunggak Jerman jangka cabaran hebat dari Mexico
Jun 29, 2017 | 5:30 AM
'PEMIMPIN' DI PADANG: Sekalipun belum dianggap sebagai pemain veteran, dua bintang Jerman yang beraksi di England, Shkodran Mustafi (kiri) dan Emre Can, dijangka memainkan peranan penting dalam skuad muda Jerman apabila menentang Mexico dalam separuh akhir Piala Konfederasi. - Foto AFP -
SOCHI (Russia): Dua bintang Jerman yang beraksi dalam Liga Perdana, Emre Can dan Shkodran Mustafi, mengjangka cabaran hebat daripada Mexico dalam pertemuan separuh akhir kedua Piala Konfederasi di sini hari ini (2 pagi esok waktu Singapura), sedang juara dunia itu mengejar lebih banyak trofi kejuaraan.
Tunggak midfield Liverpool, Can, dan pemain pertahanan Arsenal, Mustafi, hanya mempunyai 30 penampilan bersama bagi negara mereka tetapi dianggap tunggak pasukan muda Jerman yang beraksi di kejohanan anjuran Russia itu.

