LONDON: Pengurus baru Liverpool, Jurgen Klopp, menikmati kemenangan pertama pada percubaan keempat apabila pasukannya menewaskan Bournemouth 1-0 dalam perlawanan Piala Liga pada Khamis (29 Okt).
Liverpool seri dengan Tottenham Hotspur, Rubin Kazan dan Southampton dalam tiga perlawanan pertama Klopp selepas menggantikan Brendan Rodgers, tetapi jaringan separuh pertama Nathaniel Clyne akhirnya memberi pengurus Jerman itu kemenangan.
Ia membolehkan Liverpool mara ke suku akhir Piala Liga.
Sementara itu, dua pasukan Manchester mengalami nasib berbeza.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, mara ke suku akhir dengan membelasah Crystal Palace 5-1.
Manchester United, bagaimanapun, kecundang, ditundukkan Middlesbrough 3-1 melalui tendangan penalti setelah perlawanan berakhir dengan seri tanpa gol.
Sementara itu, Aston Villa memulakan kehidupan tanpa pengurus Tim Sherwood yang dipecat dengan kekalahan 2-1 di tangan Southampton. - Agensi