MANCHESTER: Manchester United selangkah ke final Piala Liga selepas tandukan lewat Marouane Fellaini memberi mereka kemenangan 2-0 ke atas Hull City dalam perlawanan pertama separuh akhir pada Selasa (10 Jan).
Juan Mata meletak United di depan pada awal separuh masa kedua dalam perlawanan di Old Trafford yang kelihatan akan menjadi malam mengecewakan bagi pasukan Jose Mourinho, yang mensia-siakan beberapa peluang menambah gol.
Tendangan percuma Paul Pogba menggegarkan tiang gol dan beberapa percubaan lain juga gagal membolosi gawang Hull, hingga Fellaini melompat dan menanduk bola masuk tiga minit sebelum tamat.
Southampton dan Liverpool akan bertarung dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, dengan perlawanan pertama di St Mary pada Rabu. - Reuters