Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Piala Nations bermula dengan penuh aksi

Dec 3, 2017 | 8:34 PM
PIALA NATIONS: Pertandingan bola jaring Piala Nations Mission Foods bermula dengan saingan sengit antara pasukan Ireland dengan Singapura di OCBC Arena di Hab Sukan Singapura petang tadi.
PIALA NATIONS: Pertandingan bola jaring Piala Nations Mission Foods bermula dengan saingan sengit antara pasukan Ireland dengan Singapura di OCBC Arena di Hab Sukan Singapura petang tadi. - Foto NETBALL SINGAPORE

PIALA Nations Mission Foods 2017 bermula dengan perlawanan penuh aksi dengan persaingan sengit antara pasukan Ireland dengan Singapura petang tadi.

Dalam perlawanan bola jaring itu, pasukan Ireland berjaya menewaskan Singapura 54-53.

Pasukan Singapura memulakan perlawanan itu dengan persembahan yang cukup baik, dengan tiga jaringan gol berturut-turut dalam beberapa minit selepas perlawanan bermula.

Namun menjelang penghujung perlawanan, pasukan Ireland pula meningkatkan tahap permainan mereka dan memenangi perlawanan itu.

Jurulatih pasukan Singapura, Natalie Milicich, berkata terdapat peningkatan besar di kalangan anak didiknya.

"Mereka bermula dengan baik dan kami dapat menyaksikan perlawanan yang menyeronokkan. Namun pada suku terakhir, mereka ambil pendekatan berhenti dan tunggu," katanya.

Milicich turut menyifatkan pertandingan tahun ini sebagai amat sengit, berdasarkan rating semua pasukan yang menyertai pertandingan tersebut.

Namun tambahnya, mereka berharap dapat menampilkan prestasi lebih mantap berbanding semasa di Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun ini.

Sementara itu, kapten pasukan Ireland, Genevieve Slater, berkata mereka tentunya gembira kerana ini kemenangan pertama mereka sejak menyertai Piala Nations lima tahun lalu.

"Kami telah bekerja keras dan amat gembira untuk menang," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg