Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA

Salah, Mane kawan jadi 'lawan' dalam final Afcon

Feb 05, 2022 | 05:30 AM



YAOUNDE: Penjaga gol Mohamed Abou Gabal muncul sebagai wira Mesir menyelamatkan dua sepakan penalti semasa mereka menewaskan tuan rumah Cameroon 3-1 dalam penentuan penalti di Stadium Olembe, semalam.



Mesir yang diperkuatkan oleh Mohamed Salah mara ke final Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) dan bakal bertemu Senegal di stadium sama Ahad ini.



Ia bakal menampilkan pertembungan Salah dengan rakan sepasukan Liverpool, Sadio Mane, di mana Mesir memburu gelaran kelapan untuk melebarkan rekod kejuaraan Afrika mereka manakala Senegal masih memburu mahkota sulungnya.



Perlawanan separuh akhir antara Cameroon dengan Mesir menjadi tumpuan kerana mereka dua pasukan paling berjaya dalam sejarah pertandingan itu.



Mesir telah memenangi piala itu tujuh kali manakala Cameroon lima kali.



Kali terakhir pertemuan dua pasukan itu berlaku ialah pada final 2017 apabila Cameroon menewaskan Mesir 2-1.



Tuan rumah Cameroon kelihatan lebih bersemangat dalam masa 90 minit perlawanan.



Dua percubaan mereka terkena tiang menerusi tandukan Michael Ngadeu-Ngadjui dan rembatan jarak jauh Samuel Gouet.



Bintang Liverpool, Salah, yang 'disenyapkan' sepanjang permainan hampir menjaringkan gol pada babak kedua namun gagal dalam percubaanya.



Sepakan percuma pemain tengah Middlesbrough, Lea Siliki, juga hampir masuk ke gawang gol tetapi tiada gol dicatatkan sepanjang 120 minit perlawanan.



Dalam penentuan sepakan penalti, penjaga gol Mesir, muncul sebagai wira menyelamatkan sepakan penalti Harold Moukoudi dan James Lea-Siliki sebelum sepakan Clinton Njie tersasar sekali gus memusnahkan harapan tuan rumah.



Salah yang biasanya mengambil sepakan penalti kelima bagi negaranya tidak diperlukan Mesir kali ini apabila mereka berjaya mara ke final.



"Kami amat bangga dengan pencapaian hari ini tetapi masih ada satu langkah lagi perlu diharungi," kata penolong jurulatih Mesir, Diaa Al-Sayed, yang menggantikan Carlos Queiroz selepas pengurus itu dibuang padang ketika perlawanan. Pembantunya Wael Gomaa turut diberikan amaran.



Ini bermakna mereka berdua akan terlepas untuk berada di padang bagi perlawanan akhir kerana Gomaa telah dilayangkan kad kuning pada perlawanan suku akhir menentang Maghribi.



Impian Cameroon menjulang trofi itu di tempat sendiri musnah namun mereka berpeluang menebus kekecewaan dalam penentuan tempat ketiga menentang Burkina Faso hujung minggu ini.



"Kami sedih, begitu juga 27 juta rakyat Cameroon, tetapi itulah bola sepak," kata bos Cameroon, Toni Conceicao. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >