Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SERANTAU

Piala Suzuki ditunda lagi dek Covid-19

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



PIALA Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) telah ditangguhkan buat kali kedua dan hanya akan berlangsung dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.



Kejohanan dwitahunan itu asalnya dijadualkan pada November tahun ini sebelum ia ditunda kepada April 2021 akibat pandemik koronavirus, lapor The Straits Times.



Dalam kenyataannya kelmarin, AFF berkata: "Keputusan ini mencerminkan keutamaan berterusan AFF terhadap kesihatan dan keselamatan semua orang, dan juga untuk memberi kepastian yang lebih besar kepada semua pihak berkepentingan acara termasuk Ahli Persatuan AFF, pasukan, pemain dan pegawai, rakan komersial dan peminat."



Presiden AFF Major-Jeneral Khiev Sameth dari Kemboja mengatakan bahawa Disember adalah bulan ideal untuk mengadakan kejohanan kerana jadual bola sepak tahun depan dijangka padat menyusuli acara antarabangsa dan domestik yang ditunda dari tahun ini.



Beliau berkata: "Tarikh baru akan menyediakan peluang terbaik untuk acara diadakan dalam format penuh dengan perlawanan di padang sendiri dan padang lawan untuk kededua pusingan kumpulan dan kalah mati, dan dengan stadium dipenuhi peminat yang hadir menyokong dan meraikan pasukan mereka."



Pasukan nasional Singapura adalah pasukan kedua paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu dengan empat kejuaraan - satu di belakang Thailand.



Namun, pasukan Singa sudah tiga edisi tidak berjaya melepasi pusingan kumpulan untuk ke separuh akhir dua pusingan setelah kali terakhir mereka memenangi kejohanan itu pada 2012.



Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura Lim Kia Tong berkata: "Kami menyokong keputusan untuk menangguhkan kejohanan kerana ini membolehkan lebih masa untuk keadaan pandemik menjadi stabil, dan memberi pasukan Singa lebih masa mempersiapkan diri dan kembali ke latihan sedia kala."



Penyerang pasukan Singa Gabriel Quak menambah: "Piala Suzuki adalah kejohanan terbesar dalam rantau ini dan kami semua tidak sabar untuk bersaing.



"Kami tidak lagi boleh mensia-siakan apa sahaja dalam masa-masa tidak menentu ini, dan penangguhan ini akan memberi pemain lebih peluang untuk menambat hati jurulatih nasional."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >