Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki: Tiket dijual mulai hari ini, penonton dibenar dalam stadium

Nov 28, 2021 | 05:30 AM



SEMINGGU sebelum perlawanan pertama Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean bermula, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam mengumumkan butiran tiket kejohanan itu.



Dalam satu kenyataan media, FAS berkata tiket bagi setiap hari perlawanan ditetapkan $25 seorang bagi orang dewasa dan $15 seorang bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia dijual di laman https://www.fas.org.sg/tickets/ mulai tengah hari ini.



Singapura akan membuka tirai kejuaraan dwitahunan melibatkan 10 pasukan ini dengan menentang Myanmar di Stadium Negara pada 5 Disember.



Pengumuman itu tidak mendedahkan jumlah penonton yang dibenarkan menghadiri perlawanan, tetapi akhbar The Straits Times difahamkan bagi setiap hari perlawanan, 10,000 peminat dibenarkan hadir dalam Stadium Negara, yang boleh menampung 55,000 orang, dan 1,000 penonton dibenarkan di Stadium Bishan yang boleh menampung 6,000 orang.



Setiap hari perlawanan menampilkan dua permainan, kedua-duanya sama ada daripada Kumpulan A atau B.



Stadium Negara menjadi hos semua perlawanan Kumpulan A - yang termasuk Singapura - kecuali satu, sementara Stadium Bishan menjadi lokasi utama perlawanan Kumpulan B.



FAS menyatakan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi dibenarkan menonton perlawanan itu dan wang tiket tidak akan dikembalikan bagi mereka yang gagal menunjukkan bukti mereka sudah lengkap divaksinasi lantas tidak dibenarkan masuk.



Langkah jarak selamat tegas akan dikuatkuasakan dari segi pelan dan peruntukan tempat duduk, yang dihadkan pada kumpulan dua orang di Stadium Negara dan tempat duduk perseorangan di Stadium Bishan.



Jualan tiket pada tiga hari pertama eksklusif buat warga Singapura. FAS telah membuka prapendaftaran bagi peminat Singapura pada 18 November, dengan mereka yang menunjukkan minat diberi pautan untuk membeli tiket.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >