SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pickford setuju sambung kontrak dengan Everton

Pickford setuju sambung kontrak dengan Everton

Feb 25, 2023 | 5:30 AM

Pickford setuju sambung kontrak dengan Everton

Foto REUTERS
Foto REUTERS -

LONDON: Penjaga gol England Jordan Pickford (gambar) bersetuju untuk memperbaharui kontraknya dengan Everton.

Menurut The Athletic beliau akan menandatangani kontrak barunya pada minggu ini.

Sebelum itu, pemain berusia 28 tahun itu menghampiri 12 bulan terakhir kontraknya di Goodison Park dan telah dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham Hotspur.

Pickford menyertai Everton dari Sunderland dengan harga £30 juta pada 2017 dan merupakan penjaga gol Britain termahal.

Sejak menyertai 'The Toffees', beliau telah membuat 222 penampilan untuk kelab Merseyside itu.

Pickford juga telah membuat penampilan sulungnya untuk England pada 2017 dan setakat ini memiliki 50 caps, membantu Three Lions mara ke final Euro 2020.

"Beliau seorang pemain yang sangat bagus. Ia adalah tanda beliau menikmati rejim baru dan telah menerima apa yang kami ingin tawarkan," kata pengurus baru Everton Sean Dyche.

"Beliau adalah pemain yang hebat jadi kami mahu beliau teruskan prestasi hebat.

"Saya sedang belajar tentang Jordan. Beliau sangat terbuka tentang dirinya dan perasaannya di sini."

The Toffees telah memenangi dua daripada tiga perlawanan mereka sejak Dyche menggantikan Frank Lampard sebagai pengurus pada 30 Januari.

Everton kini menduduki tangga ke-16 dalam Liga Perdana England dan mempunyai hanya satu mata di atas tempat untuk tersingkir ke liga bawah, sebelum perlawanan di tempat sendiri dengan Aston Villa pada 11 malam Sabtu. - Agensi berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg