Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pin Xiu menang pingat emas kedua di Kejohanan Renang Para Sedunia 2023

Aug 6, 2023 | 7:16 PM
TERUS CEMERLANG: Yip Pin Xiu masih menjadi antara perenang terpantas di dunia selepas bertanding hampir dua dekad.
TERUS CEMERLANG: Yip Pin Xiu masih menjadi antara perenang terpantas di dunia selepas bertanding hampir dua dekad. - Foto SDSC

Perenang negara, Yip Pin Xiu telah memenangi pingat emas kedua di Kejohanan Renang Para Sedunia pada Sabtu, dalam perlumbaan kuak lentang S2 wanita 50 meter.

Yip, 31 tahun, telah memenangi perlumbaan gaya sama tapi bagi jarak 100 meter pada Rabu lalu.

Kemenangan terkini itu bermakna Yip kini memiliki tujuh gelaran dunia.

Dalam perlumbaan 50 meter di Pusat Akuatik Machester pada Sabtu, Yip mencatat masa 1 minit 4.10 saat untuk mendahului peserta Italy, Angela Procida (1:10.86) dan peserta Mexico Fabiola Ramirez Martinez (1:12.08).

Awal dari itu, pada Rabu, Yip, pemenang lima pingat emas Paralimpik, memenangi pingat emas acara kuak lentang 100 meter S2 wanita  buat kali kedua berturut-turut.

Beliau berkata: “Saya telah bertanding dalam acara renang selama 19 tahun dan keupayaan untuk terus menang, mewakili Singapura dan kekal sebagai antara perenang terbaik begitu bermakna bagi saya.”

Dalam kenyataannya pada Ahad, Majlis Sukan Orang Kurang Upaya Singapura (SDSC) berkata kemenangan Yip dalam cara 100m telah menjamin satu slot renang bagi Singapura di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Singapura kini mempunyai dua slot, selepas pemanah negara, Nur Syahidah Alim merebut tempat pertama di Kejohanan Memanah Para Sedunia Pilsen 2023.

Jurulatih Yip, Michael Massey berkata: “Rancangan selanjutnya adalah untuk terus memperkukuh kekuatan aerobik dan memperhalusi strategi bagi Paris.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg