Ping pong: Pemain terbaik Singapura Feng Tianwei digugur dari skuad nasional

FENG Tianwei, atlet Singapura yang paling banyak memenangi pingat Olimpik, digugurkan daripada pasukan ping pong kebangsaan dalam satu langkah yang mengejutkan masyarakat sukan tempatan.

Persatuan Ping Pong Singapura (STTA) berkata dalam satu kenyataan pada Selasa (25 Okt) malam bahawa Feng "tidak sesuai dalam rancangan rejuvenasi semasa STTA".

Dalam kenyataan sama, presiden STTA, Ellen Lee, berkata Feng menjadi "asas pasukan kebangsaan" sejak 2007 dan "telah membawa banyak detik emas bagi sukan itu".

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala yang beliau telah lakukan bagi sukan ping pong Singapura dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan yang terbaik bagi Tianwei dalam usaha masa depan beliau."

Feng, 30 tahun, berkata di laman Facebook rasmi beliau bahawa beliau akan terus bersaing dalam pertandingan antarabangsa tetapi "hanya kaedah melakukannya akan berubah sedikit".

Beliau kini menduduki tempat keenam dalam rangking dunia dan nombor satu di Singapura.

Akhbar The Straits Times melaporkan pada Rabu (26 Okt) ia difahamkan penguguran mengejut Feng sebahagiannya disebabkan perselisihan dengan pengurusan STTA, termasuk sikap beliau terhadap jurulatih.

Tindakan STTA itu menyusuli pemecatan Li Hu, pemain lelaki kedua terbaik Singapura, pada Isnin kerana melanggar peraturan dalaman.

Feng memenangi satu perak dan dua pingat gangsa dalam tiga penampilan Olimpik. Beliau juga memacu kemenangan menakjubkan Singapura ke atas China dalam perlawanan akhir Kejohanan Ping Pong Pasukan Dunia 2010.

Bagaimana, beliau dan pasukan Singapura menunjukkan prestasi merosot dalam Sukan Olimpik Rio. Feng tersingkir di peringkat suku akhir acara perseorangan dan pasukan wanita kalah dalam perlawanan merebut pingat gangsa.

Feng juga dibelenggu kecederaan lutut kronik.

Sebahagian besar daripada kenyataan STTA itu menggariskan "pelan strategik prestasi tinggi" baru persatuan itu bagi Olimpik 2020.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:05
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.