Topik diikuti
Pergi ke BHkuPingat emas di Sukan SEA? Fandi sasar 'podium' dulu
Premium
Pingat emas di Sukan SEA? Fandi sasar 'podium' dulu
Jan 10, 2018 | 5:30 AM
Pingat emas di Sukan SEA? Fandi sasar 'podium' dulu

KENDALI LATIHAN: Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun, Fandi Ahmad (dua dari kanan) meninjau sesi latihan pertama pasukannya bagi persiapan musim baru ini di padang Geylang malam kelmarin. - Foto BH oleh M.O. SALLEH -
HARAPAN tinggi mengiringi sesi latihan pertama skuad Singa Muda di bawah bimbingan jurulatih baru, legenda bola sepak negara, Fandi Ahmad, di padang Geylang malam kelmarin.
Selain memulakan persiapan bagi mengharungi musim baru Liga-S tahun ini, sasaran utama skuad, yang rata-rata diwakili barisan pemain berusia di bawah usia 21/22 tahun, itu tentunya mencatatkan keputusan baik apabila mereka tampil di temasya Sukan SEA 2019 di Filipina nanti.
