Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pingat emas Usain Bolt dalam Olimpik 2008 dilucut selepas rakan sepasukan gagal ujian dadah

Jan 26, 2017 | 07:54 AM



LAUSANNE, Switzerland - Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, kehilangan satu daripada sembilan pingat emas Olimpik dan tiga kemenangan pecut yang disempurnakannya selepas rakan sepasukan, Nesta Carter, didapati bersalah mengambil dadah semasa Sukan Olimpik Beijing 2008.



Carter didapati mengambil dadah perangsang methylhexaneamine yang diharamkan dalam sampel ujian semula, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Rabu (25 Jan).



Ini bermakna pasukan larian berganti-ganti 4x100 meter Jamaica itu mesti memulangkan pingat emas mereka.



Bolt dianggap pelumba pecut terhebat sepanjang zaman, setelah memenangi tiga pingat emas berturut-turut dalam acara 100 meter, 200 meter dan larian berganti-ganti 4x100 dalam tiga Sukan Olimpik berturut-turut.



Beliau juga dipuji menjadi faktor utama dalam mengekalkan minat global terhadap olahraga yang terhakis kerana skandal dadah skandal dan populariti berkurang.



"Ia (ujian positif) menyedihkan kerana anda telah bekerja keras selama ini untuk mengumpul pingat emas dan bekerja keras untuk menjadi juara... tetapi ia satu perkara yang berlaku," Bolt memberitahu Reuters.



"Perkara berlaku dalam kehidupan, jadi apabila ia disahkan, jika saya perlu memulangkan pingat emas saya, saya terpaksa pulangkan, ia bukan masalah bagi saya," kata Bolt.



Pasukan Trinidad dan Tobago dijangka diberikan pingat emas acara itu; Jepun mendapat perak dan Brazil memperoleh gangsa.



IOC juga melucutkan pingat perak Tatiana Lebedeva dari Russin dalam acara lompat jauh selepas beliau diuji positif menggunakan steroid.



Lebih 100 atlit setakat ini telah didapati positif dalam ujian semula dalam Olimpik Beijing dan London. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >