Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pingat gangsa pengubat hati Nazri

Oct 26, 2022 | 5:30 AM
DETIK ISTIMEWA: Reaksi Nazri (kiri) selepas berjaya mengalahkan lawan dari Albania, Lekaj Rikard (kanan), dalam suku akhir Terbuka Balkan Wako baru-baru ini. - Foto ihsan NAZRI SUTARI
DETIK ISTIMEWA: Reaksi Nazri (kiri) selepas berjaya mengalahkan lawan dari Albania, Lekaj Rikard (kanan), dalam suku akhir Terbuka Balkan Wako baru-baru ini. - Foto ihsan NAZRI SUTARI -

ATLET tinju tendang atau kick boxing Singapura, Nazri Sutari, menamatkan musim pertandingannya dengan cemerlang, selepas berjaya meraih pingat sulung beliau bagi acara sukan dalam gelanggang di bawah Persatuan Dunia Pertubuhan Tinju Tendang (Wako).

Nazri, 32 tahun, terkandas di separuh akhir untuk menang gangsa dalam acara sukan dalam gelanggang bagi kategori tendang rendah 71kg lelaki senior dalam Terbuka Balkan Wako di Tesnaj, Bosnia dan Herzegovina, pada Sabtu lalu.

Beliau kalah tipis - satu mata daripada setiap juri - kepada pencabarnya dari Serbia, Ilic IIija, dalam separuh akhir.

Pencapaian itu namun menjadikan Nazri atlet lelaki pertama Asia Tenggara dan Singapura untuk menggondol pingat dalam acara sukan dalam gelanggang dalam piala tinju tendang antarabangsa Wako.

Nazri, yang juga merupakan pemenang pingat emas dalam sambo - acara seni mempertahankan diri asal Russia di Sukan SEA 2019 - turut kekal sebagai atlet lelaki pertama Asia Tenggara dan Singapura untuk merangkul pingat dalam kedua-dua acara sukan tinju tendang dalam gelanggang serta tatami dalam kejohanan anjuran Wako.

Tinju tendang di bawah Wako terdiri daripada tujuh disiplin merentas dua sekitaran perlawanan - dalam gelanggang dan di atas tikar tatami.

Walaupun tewas, Nazri menganggap kekalahan itu sebagai detik istimewa dalam kerjayanya.

"Meraih pingat dalam disiplin sukan dalam gelanggang Wako adalah salah antara matlamat utama saya bagi tahun ini," ujarnya.

"Saya sentiasa memberitahu diri saya bahawa tahun ini, saya perlu mencapai sesuatu dalam gelanggang. Jadi, ia rasa menakjubkan bahawa saya akhirnya dapat melihat usaha saya telah membuahkan hasil.

"Saya telah banyak berkorban dan mengetepikan banyak perkara untuk mendedikasikan masa dan usaha saya untuk sukan ini. Pingat emas pastinya bagus, tapi gangsa ini melambangkan segala penat lelah yang telah saya dan pasukan saya lalui berbaloi.

"Saya terhutang budi pada jurulatih saya, rakan sepasukan dan Persekutuan Tinju Tendang Singapura dan pingat ini adalah untuk mereka," tambahnya.

Nazri akan menamatkan latihannya di luar negara dengan lawatan ke ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Lausanne, Switzerland, pada 27 hingga 29 Oktober sebagai sebahagian daripada penyampaian ijazahnya dari program GameChanger Wako, yang buat julung kalinya diadakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg