Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pingat pertama takraw sejak 2015

May 16, 2023 | 08:14 PM



Pasukan sepak takraw Singapura berjaya merangkul pingat pertamanya dalam Sukan SEA sejak 2015.

Di Dewan Bola Keranjang dalam Pusat Stadium Olimpik pada Selasa, skuad Singapura menamatkan persaingan acara regu lelaki di tempat ketiga daripada empat pasukan untuk meraih gangsa bersama.

Skuad Singapura diwakili Khairul Fahmi Yazid, A’fif Safiee, Asri Aron, Ramli Sa’ari dan Danish Irfan Faizal.

Jurulatih pasukan sepak takraw lelaki nasional, Padzli Othman, memberitahu Berita Harian (BH) pingat tunggal Singapura itu “amat berharga” bagi pasukannya.

Kali terakhir skuad sepak takraw Singapura menang pingat Sukan SEA pada 2015 di tanah air, iaitu satu perak dan tiga gangsa. 

Sejak itu, Singapura hanya tampil sekali dalam temasya sukan dwitahunan itu, pada edisi 2019 di Filipina, selepas terlepas bersaing pada 2017 dan 2022.

Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) dihimpit larangan sejak beberapa tahun ini dan pasukan nasionalnya kini di bawah pimpinan jawatankuasa persiapan pertandingan utama yang dilantik oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).

“Kemenangan ini amat membanggakan… di bawah pengurusan baru dan (presiden Perses) Tuan Nasri (Haron) yang bertungkus lumus untuk membawa pasukan Singapura ke Sukan SEA,” tambah Padzli, 57 tahun.

Pada Selasa, Singapura memulakan aksi mereka dengan kemenangan 21-12, 23-21 ke atas Kemboja sebelum tewas kepada pasukan gergasi Asia Tenggara Thailand 10-21, 12-21 dan Malaysia 11-21, 16-21.

Thailand ditabal juara regu lelaki, dengan Malaysia membawa pulang pingat perak.

Pasukan tuan rumah Kemboja, yang tercorot di tangga terendah kumpulan, juga mendapat gangsa.

Pertandingan itu dimainkan dalam format ‘round robin’, atau bergilir-gilir menentang setiap pasukan, dan hanya disertai empat pasukan.

Singapura beraksi dalam dua acara sebelum ini, iaitu ganda lelaki dan kuadran lelaki, tetapi terkandas pada pusingan kumpulan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >