Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2030

PM Johnson mahu 'bawa balik' kejuaraan ke UK 2030

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Perdana Menteri Boris Johnson mengatakan "sekarang waktu yang tepat" untuk United Kingdom dan Republik Ireland melancarkan bida bersama bagi menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.



Kerajaan UK dilaporkan akan memperuntuk £2.8 juta ($5.2 juta) untuk memulakan proses itu dalam Belanjawan yang dibentang semalam.



Persatuan bola sepak England, Wales, Scotland, Ireland Utara dan Ireland mengatakan mereka "gembira" mengenai komitmen kerajaan itu.



"Kami sangat, sangat berminat membawa bola sepak balik ke sini pada 2030," kata Johnson.



Dalam satu wawancara bersama The Sun, beliau berkata: "Saya fikir ia tempat sesuai. Ia rumah kepada bola sepak, sekarang waktu yang tepat. Ia akan menjadi perkara yang benar-benar hebat untuk negara. Saya mahu lihat kemakmuran bola sepak dalam tahun-tahun mendatang."



Satu kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan sebelum proses membida rasmi Piala Dunia bermula pada 2022.



Piala Dunia 2022 akan berlangsung di Qatar, sementara kejohanan 2026 di Amerika Syarikat, Canada dan Mexico.



Aston Villa salah sebuah kelab yang akan menawarkan sokongan penuh kepada sebarang bida, dan merancang mempertingkat Villa Park bagi memastikan ia memenuhi garis panduan Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) bagi kejuaraan setiap empat tahun itu.



Villa Park kaya dengan tradisi menganjurkan perlawanan besar, termasuk tiga perlawanan Piala Dunia 1966, empat perlawanan Euro 1996 dan keseluruhan 16 perlawanan antarabangsa.



Ia stadium England pertama menjadi hos perlawanan antarabangsa dalam tiga abad berbeza dan mementaskan rekod 55 perlawanan separuh akhir Piala FA dan final Piala Pemenang Piala Eropah 1999 antara Mallorca dan Lazio. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >