Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pochettino mahu rangkul piala pertama di England bersama Chelsea

Jan 24, 2024 | 03:05 PM



LONDON: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, berkata beliau mahu memenangi piala pertamanya dalam bola sepak England selepas membangunkan semula pasukan Chelsea daripada asas dan membimbing pasukan itu ke peringat akhir Piala Carabao.


Chelsea berjaya bangkit semula daripada kekalahan 1-0 pada perlawanan pertama untuk mencatat kemenangan 6-1 ke atas Middlesbrough pada perlawanan kedua separuh akhir Piala Carabao di Stamford Bridge pada 24 Januari.

Ini bermakna Chelsea menang 6-2 secara agregat.

Mereka bakal menentang Liverpool atau Fulham di Wembley pada 25 Februari – peringkat akhir piala pertama Chelsea sejak kekalahan mereka melalui sepakan penalti pada Piala EFL dan Piala FA kepada Liverpool pada 2022.

Pochettino, yang masih belum lagi memenangi piala di England, kalah di peringkat akhir pertandingan ini kepada Chelsea pada 2015 dan di peringkat akhir Liga Juara-Juara kepada Liverpool pada 2019 apabila beliau masih menjadi pengurus Tottenham.

“Saya terdesak untuk memenangi piala di sini,” kata Pochettino, yang memenangi piala pertama kerjayanya di Paris St-Germain selepas dipecat Tottenham.

“Dalam satu tahun setengah di Paris, kami menang tiga piala, dan kami ingin menang satu di sini. Sudah tentu saya terdesak untuk menang,” tambahnya.

Tempoh pengurus asal Argentina di Chelsea itu merangkumi detik bercampur-campur – yang baik dan buruk.

Dengan beberapa pemain muda telah ditandatangani, dan ramai pemain yang cedera, prestasi liga mereka tidak konsisten.

Namun, Chelsea kini telah menemui rentak permainan mereka, dengan lima kemenangan daripada enam perlawanan dalam semua pertandingan.

Satu-satunya kekalahan mereka adalah kekalahan 1-0 kepada Middlesbrough pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao ini.

“Boleh dikatakan bahawa ini pencapaian hebat,” kata beliau.

“Saya rasa ini matlamatnya apabila kami bermula: Tanpa Liga Juara-Juara, tanpa Liga Eropah, untuk membina pasukan daripada asas. Sudah tentu inilah matlamatnya, untuk bermain di Wembley pada Februari.”

“Matlamat ini sudah tercapai, tetapi kini ia mengenai memenangi peringkat akhir ini. Mungkin ia boleh dilihat sebagai tidak penting kerana Chelsea dijangka harus memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana England (EPL),” tambah beliau.

Pochettino berkata selepas kemenangan pada peringkat separuh akhir Piala Carabao, hasilnya akan membantu membina mentaliti pasukan mudanya – kebanyakan mereka belum pernah bermain di peringkat akhir pertandingan utama.

Bercakap kepada media, bekas penyerang Crystal Palace, Glenn Murray, berkata: “Ini merupakan langkah besar untuk beliau (Pochettino) dan menetapkan jangkaannya, dalam tahun penuh pertama beliau di Chelsea, untuk memenangi piala.”

Namun Chelsea tidak mempunyai banyak masa untuk meraikan kemenangan ini kerana mereka akan menentang Aston Villa untuk pusingan keempat Piala FA di Stamford Bridge pada 27 Januari. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >