SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pochettino: Sebarang pemain terkemuka diterima di PSG

Pochettino: Sebarang pemain terkemuka diterima di PSG

Jan 7, 2021 | 5:30 AM

Pochettino: Sebarang pemain terkemuka diterima di PSG

MULA BERTUGAS DI KELAB BARU: Ketua jurulatih baru Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino (kanan), bersama pengarah sukan PSG, Leonardo (kiri), dan kakitangan lain kelab itu kelmarin. - Foto AFP
MULA BERTUGAS DI KELAB BARU: Ketua jurulatih baru Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino (kanan), bersama pengarah sukan PSG, Leonardo (kiri), dan kakitangan lain kelab itu kelmarin. - Foto AFP -

PARIS: Mauricio Pochettino menegaskan "kedatangan sebarang pemain terkemuka dunia ke Paris Saint-Germain sentiasa dialu-alukan".

Jurulatih baru PSG itu berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai kemungkinan pemindahan sensasi bintang Barcelona dan rakan senegaranya, Lionel Messi.

Pengendali dari Argentina itu sering ditanya mengenai Messi dalam sidang media pertamanya itu sejak dilantik menjadi jurulatih PSG, sedang pemain itu kini bebas berunding dengan sebarang kelab menjelang tamat kontraknya pada Jun.

"Secara jujur kami tidak bercakap mengenai perkara itu, sekarang tempoh agak sibuk bagi kami, cuba menyesuaikan diri bersama kelab baru, dengan mesyuarat, latihan dan bersiap untuk aksi perlawanan seterusnya, itu matlamat kami,'" kata bekas jurulatih Tottenham Hotspur itu.

Pochettino mengendalikan perlawanan pertamanya menentang Saint-Etienne dalam aksi Ligue 1 awal pagi tadi.

"Kami akan mempunyai masa untuk berunding tentang masa depan tetapi kedatangan sebarang pemain terkemuka dunia ke Paris Saint-Germain sentiasa dialu-alukan," ujarnya.

Bulan lalu, penyerang PSG Neymar menyuarakan hasratnya berganding semula dengan Messi, bekas rakan sepasukannya di Barcelona, musim depan.

Jika ia berlaku, kemungkinan besar di Paris, daripada di Barcelona sedang kelab Catalan itu bergelut dengan masalah kewangan dan krisis kepimpinan.

Beberapa laporan juga menyatakan Pochettino mahu menjadikan bekas pemainnya di Spurs, Christian Eriksen, sebagai antara pemain pertama yang ditandatanganinya sebagai jurulatih PSG.

Pemain midfield Denmark itu dikatakan ingin berpindah daripada Inter Milan selepas mendapati sukar disertakan dalam kesebelasan utama pasukan Antonio Conte sejak menyertai kelab Serie A itu Januari tahun lalu.

Pochettino berminat digandingkan semula dengan Eriksen selepas pemain berusia 28 tahun itu mempamerkan persembahan terbaiknya di bawah bimbingan Pochettino.

Apabila ditanya mengenai Eriksen, beliau berkata: "Ini bukan masanya untuk bercakap tentang khabar angin ini.

"Sekarang kami sedang meneliti proses pemulihan pemain cedera... kami sering berbincang dengan Leonardo (pengarah sukan PSG), dan benar, kelab seperti PSG akan menilai setiap kemungkinan, lebih-lebih lagi dalam tempoh rumit ini yang dikaitkan dengan krisis kesihatan pemain." - AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg