Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Pogba cedera, mungkin terlepas aksi hingga akhir Disember

Nov 11, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Bintang midfield Manchester United, Paul Pogba, besar kemungkinan akan terlepas beraksi sehingga akhir tahun ini setelah mengalami kecederaan semasa berlatih dengan pasukan negaranya Perancis.



Ini bermakna, selepas tamat tempoh kecederaannya, Pogba boleh menandatangani perjanjian prakontrak dengan kelab luar negara memandangkan kontraknya dengan United akan luput pada Jun ini.



Di samping itu, beliau juga akan terlepas peluang beraksi dalam dua perlawanan Liga Juara-Juara dan 10 perlawanan Liga Perdana England (EPL).



Ketidaktentuan mengenai kedudukan Pogba di United kini dikaburi oleh kedudukan pengurus United Ole Gunnar Solskjaer sendiri setelah United hanya mampu mengutip empat mata dalam enam perlawanan EPL termasuk mengalami kekalahan memalukan di tangan Liverpool dan Manchester City.



Kecederaan Pogba itu menambah masalah kecederaan bagi Solskjaer yang sudah pun kehilangan pemain pertahanan, Raphael Varane, dan penyerang, Edinson Cavani, kerana masalah kecederaan.



Luke Shaw pula terpaksa diundurkan semasa kekalahan ke atas City selepas pemain itu mengalami kecederaan di kepala.



Mengulas keadaan Pogba itu, bekas penyerang United, Michael Owen, berpendapat kekalahan di tangan Liverpool di mana Pogba dilayangkan kad merah, mungkin kali terakhir penyokong United akan melihat pemain itu beraksi untuk kelab tersebut.



"Sekiranya beliau menandatangani praperjanjian dengan kelab lain, sebelum kembali pulih 100 peratus, dan dengan potensinya yang tidak dipenuhi di Old Trafford, saya khuatir ia mungkin agak mustahil untuk bos United menamakan beliau dalam kesebelasan utama," kata beliau. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >