Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pogba dijangka sertai semula kelab lamanya Juventus

Jul 8, 2022 | 5:30 AM
PULANG KE JUVENTUS: Kontrak Pogba bersama Manchester United berakhir bulan lalu dan kedua-dua pihak gagal mempersetujui satu kontrak baru. - Foto REUTERS
PULANG KE JUVENTUS: Kontrak Pogba bersama Manchester United berakhir bulan lalu dan kedua-dua pihak gagal mempersetujui satu kontrak baru. - Foto REUTERS -

LONDON: Paul Pogba dijangka menyertai semula Juventus melalui pemindahan secara percuma selepas kontraknya bersama Manchester United berakhir.

Difahamkan bintang midfield Perancis berusia 29 tahun itu akan menjalani pemeriksaan perubatan pada hujung minggu ini sebelum menyelesaikan pemindahan tersebut, lapor BBC Sport.

Pogba menyertai United dari pasukan Serie A Italy itu pada 2016 dengan bayaran rekod dunia pada ketika itu, £89 juta ($149.1 juta).

United dan Pogba gagal mempersetujui kontrak baru dan kelab Old Trafford itu mengesahkan pada awal bulan lalu bahawa pemain itu akan meninggalkan kelab sebagai pemain percuma pada musim panas ini.

Pogba dijangka memulakan latihan bersama Juventus minggu depan sebelum lawatan mereka ke Amerika Syarikat, di mana mereka akan menentang Barcelona dan Real Madrid masing-masing pada 27 dan 30 Julai.

Untuk dua musim berturut-turut, Juventus menamatkan Serie A di tangga keempat, 16 mata di belakang juara AC Milan.

Mereka adalah juara Italy untuk sembilan kali sebelumnya, dengan Pogba memainkan peranan penting dalam kejuaraan dari musim 2012-13 hingga 2015-2016.

Beliau menyumbat 34 gol daripada 178 perlawanan dalam tempoh sebelumnya bersama Juventus, di mana beliau juga menyertai secara percuma dari United pada 2012, selepas muncul cemerlang dari akademi Old Trafford.

Semasa musim pertamanya kembali di Old Trafford, Pogba membantu United menang Piala EFL dan Liga Europa.

Percanggahan pendapat dengan pengurus pada ketika itu, Jose Mourinho menyaksikan beliau kehilangan peranannya sebagai naib kapten pada 2018 dan kecederaan serta prestasi yang kurang konsisten menjejas impaknya di United. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg