Pogba enggan beri komitmen masa depan di Old Trafford, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

BOLA SEPAK EROPAH

Pogba enggan beri komitmen masa depan di Old Trafford

Sep 08, 2018 | 05:30 AM

PARIS: Paul Pogba berkata beliau masih mempunyai kontrak dengan kelab Manchester United, namun enggan menyatakan komitmen jangka panjangnya dengan kelab Liga Perdana England itu.

Tunggak midfield berusia 25 tahun itu kurang dapat perhatian musim lalu dan telah dikaitkan dengan pemindahan ke kelab La Liga, Barcelona, pada musim panas yang baru lalu.

Bulan lalu pengurus The Red Devils, Jose Mourinho, berkata beliau amat gembira dengan Pogba.

Pemain yang mewakili pasukan Perancis yang menjulang Piala Dunia pada Julai lalu itu memberitahu agensi Sky Germany:

"Masa depan saya pada masa ini masih di Manchester."

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Bercakap sebelum perlawanan menentang Jerman dalam Liga Negara-Negara Uefa yang berkesudahan 0-0 kelmarin, Pogba menambah:

"Saya masih ada kontrak dan saya masih bermain di sana (Old Trafford) buat masa ini.

"Tapi siapa tahu apa akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang."

Bekas pemain kelab gergasi Italy, Juventus, itu telah menjadi pemain simpanan bagi kededua perlawanan timbal balik semasa Manchester United ditumbangkan Sevilla dari Sepanyol, dalam Liga Juara-Juara musim lalu.

Tapi beliau menjadi kapten pasukan dalam dua permainan pembukaan musim Liga Perdana kali ini, semasa ketiadaan Antonio Valencia, dan telah menjaringkan dua gol.

Laporan yang diterbitkan kelmarin menyatakan bahawa Pogba tidak akan mendesak pemindahan Januari ini dan akan kekal dengan United sekurang- kurangnya sehingga akhir musim ini.

Sebelum ini timbul berita yang menyatakan hubungan antara Mourinho dengan Pogba agak tegang sekitar 12 bulan lalu apabila pemain itu mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang Basel dalam Liga Juara-Juara sehingga menyebabkannya diketepikan selama hampir 10 bulan.

Mourinho ketika itu berasakan bahawa Pogba tidak mengendahkan nasihat perubatan dengan mendapatkan jurulatih peribadi dalam usaha menangani masalahnya itu, sehinggakan Mourinho mengoyakkan kertas di hadapan pemain itu semasa satu berbincangan.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Mourinho, Pogba menjawab:

"Kami mempunyai hubungan yang sama... seperti juga pemain dengan jurulatih lain.

"Satu perkara yang pasti ialah saya boleh yakinkan anda bahawa saya akan berikan 100 peratus tidak kira siapa jurulatih pasukan.

"Saya sentiasa berikan segalanya kepada United - tiada lagi yang boleh saya katakan."

Semasa diminta komennya selepas perlawanan menentang Jerman itu, Pogba menjawab:

"Berita angin hanya berita angin sahaja... ia bukan keluar daripada mulut saya.

"Saya hanya cuba tumpukan kepada aspek fizikal saya sahaja.

"Saya kembali latihan pramusim agak lewat, jadi saya akan cuba lakukan yang terbaik.

"Saya hanya menjalankan tugas. Bagi yang lain pastinya banyak yang dibualkan."

Meskipun kemenangan 2-0 Ahad lalu ke atas Burnley meredakan sedikit tekanan ke atas Mourinho selepas dua kekalahan yang dialami sebelum itu, komen Pogba berisiko menimbulkan pergeseran dengan pengurus kelab itu.

Pogba menandatangani perjanjian lima tahun dengan United menyusuli pemindahannya dari Juventus bagi satu rekod kontrak bernilai £89 juta ($158 juta) pada Ogos 2016. - Agensi berita.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map