Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND (EPL)

Pogba hebat hanya kerana mahukan kontrak lumayan baru daripada United?

Aug 18, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Bruno Fernandes menjaringkan hatrik semasa Manchester United menewaskan Leeds United 5-1 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, tetapi seorang pemain lain disebut-sebut sebagai tunggak United dalam perlawanan itu.



Paul Pogba - yang dibayangi kecaman kurang menyumbang di padang sejak kembali ke Old Trafford beberapa musim lalu - bukan menyerlah di bahagian enjin United sahaja, malah mencipta empat daripada lima gol itu.



Beliau mencipta rekod dan menyertai senarai tujuh pemain EPL yang berbuat demikian dalam sejarah pertandingan itu.



Itu juga hanya kali kedua seorang pemain mencipta empat gol dalam satu perlawanan sejak 2013, selepas Harry Kane melakukannya dalam kemenangan 5-2 Spurs ke atas Southampton September lalu.



Ditanya mengenai sumbangan Pogba kepada United, Fernandes berkata beliau tidak perlu membincangkan kehandalan rakan sepasukannya itu kerana semua pemain United tahu keupayaannya.



"Beliau pemain amat penting bagi kami... dan memang berupaya melakukan apa yang beliau sedang lakukan," katanya.



Namun, kelebihan yang ditunjukan Pogba dalam perlawanan Leeds itu hanya dikagumi kerana kekurangan beliau musim lalu.



Pogba hanya mencipta tiga gol sepanjang musim lalu - yang kini telah diatasinya dalam perlawanan pembuka tirai musim itu.



Tidak hairanlah ada pemerhati bola sepak berkata United seharusnya menjual Pogba kepada pasukan lain yang ingin mendapatkan khidmatnya, supaya dapat mengurangkan kerugian selepas membayar hampir £89 juta ($180 juta) untuk membelinya daripada Juventus pada 2016.



Ini kerana kontrak beliau dengan United akan luput musim panas tahun depan dan beliau boleh meninggalkan Old Trafford secara percuma pada waktu itu.



Namun, hanya Paris Saint-Germain (PSG) ingin mendapatkan Pogba sebagai pemain dan mampu membayar gajinya - kemungkinan yang kini lenyap selepas Lionel Messi sah menjadi pemain kelab Perancis itu minggu lalu.



Oleh itu, Pogba kini dikatakan sedang bermain untuk mendapat kontrak mewah baru di United, dan beraksi pada paras yang mencapai potensinya.



Ditanya mengenai kontrak Pogba pada akhir perlawanan Leeds, pengurus United Ole Gunnar Solskjaer berkata beliau bosan melayan pertanyaan itu.



Sebaliknya, beliau menumpukan jawapannya pada usaha menilai sumbangan skuad yang diturunkannya bagi perlawanan itu.



Namun, Solskjaer berkata kehadiran penyokong United di stadium, khususnya jika penyokong United menunjukkan "kasih sayang" terhadap Pogba, pemain asal Perancis itu akan lebih berkemungkinan kekal di Manchester.



Namun, satu perkara penting akan menjadi penentu apakah Pogba akan di Old Trafford - wang.



Pada usia 28 tahun, Pogba tahu beliau hanya mempunyai satu peluang lagi untuk menuntut kontrak lumayan daripada sembarang kelab, sedang beliau masih cergas dan bermain di puncak keupayaannya.



United mungkin tidak boleh menandingi kekayaan PSG, yang dibiayai wang Arab, dan ia juga tahu ia tidak mampu berbelanja di luar kemampuan seperti Barcelona, yang kini dibelenggu hutang.



Namun, Malcolm Glazer dan keluarganya mampu membayar gaji lumayan yang dikehendaki Pogba, asalkan beliau terus menunjukkan prestasi hangat ini.



Oleh itu, jangkakan lebih banyak persembahan hebat daripada Pogba, sekurang-kurangnya hingga kontrak baru ditandatangani. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >