Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Pogba jalani bedah lutut, mungkin terlepas aksi di Piala Dunia

Sep 07, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Paul Pogba telah menjalani pembedahan lutut malam kelmarin, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan mengenai peluang bintang tengah Perancis itu untuk beraksi di Piala Dunia Qatar hujung tahun ini.



"Paul Pogba selesai menjalani pembedahan yang dikendalikan oleh Profesor Roberto Rossi dengan kehadiran doktor pasukan Juventus, Luca Stefanini. Pembedahan itu berjalan dengan baik," kata kenyataan yang dikeluarkan kelabnya, Juventus.



Pemain berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan lutut kanannya Julai lalu dan pada mulanya memilih untuk tidak menjalani pembedahan dalam usaha untuk cergas bagi menghadapi Piala Dunia yang akan bermula pada 19 November ini.



Bagaimanapun selepas kembali di padang latihan Ahad lalu, Pogba mengubah fikirannya mengenai pembedahan yang menurut beberapa laporan boleh menghalangnya daripada beraksi selama dua bulan.



Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, turut meragui sama ada Pogba mampu beraksi di Qatar dengan beliau mendedahkan peluang Pogba menyarungi jersi pasukan negaranya agak suram.



Allegri berkata pihak kelab "perlu realistik" dan mungkin kehilangan tenaga bintang midfield itu sehingga Januari tahun depan.



Pogba, yang kembali menyertai Juventus dari Manchester United, adalah antara bintang pasukan negaranya yang menjulang Piala Dunia 2018.



Juventus dijadualkan menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Paris awal pagi ini.



Dalam pada itu, bintang muda PSG, Kylian Mbappe, menolak andaian bahawa hubungannya dengan Pogba boleh terjejas selepas namanya terbabit dalam isu memeras ugut yang menyelubungi rakan sepasukan negaranya itu.



Pogba berkata beliau menjadi mangsa komplot pemerasan ugut jutaan euro untuk memburuk-burukkan beliau dengan mendakwa beliau mendapatkan seorang ahli sihir untuk menyihir Mbappe.



Dakwaan mengenai ahli sihir itu didedahkan secara terbuka oleh abang Pogba, Mathias. Pogba bagaimanapun telah menafikan segala dakwaan itu.



"Saya lebih suka mempercayai apa yang dikatakan rakan sepasukan saya," kata Mbappe ketika ditanya sama ada kemungkinan keretakan hubungannya dengan Pogba semasa sidang media Isnin lalu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara PSG dan Juve. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >