Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Pogba lonjak United ke puncak liga

Jan 22, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Paul Pogba muncul wira Manchester United ketika bangkit menewaskan Fulham 2-1 sekali gus merampas kembali takhta Liga Perdana England (EPL) daripada pendahulu seketika, Manchester City, awal pagi semalam.



Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer memulakan perlawanan di tangga ketiga selepas kedudukan di puncak liga dua kali berubah dalam tempoh 24 jam.



United - yang cemerlang dalam aksi liga di tempat lawan - sekali lagi terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk merakam kemenangan.



Ademola Lookman meletakkan pasukan tuan rumah di depan sebelum Edinson Cavani menyamakan kedudukan hasil percubaan jarak dekat.



Pogba yang kembali dalam kesebelasan utama sejak beberapa minggu kebelakangan ini menjaringkan gol kemenangan United hasil rembatan lencong dari luar petak penalti.



Persaingan merebut tempat pertama EPL kini menjadi semakin hangat, dengan hanya lapan mata memisahkan United daripada West Ham yang berada di tangga ketujuh.



United sedar bahawa mereka harus memberi tindak balas segera selepas City mengalahkan Aston Villa 2-0 dalam aksi sebelum itu, sekali gus memintas Leicester yang sebelum itu berada di tangga teratas apabila mengalahkan Chelsea 2-0 semalam.



Fulham pula kini berada di tangga ketiga tercorot liga, empat mata di belakang Burnley.



Sementara itu, pengurus Aston Villa Dean Smith meluahkan perasaan marahnya terhadap pengadil selepas gol kontroversi lewat perlawanan Bernardo Silva memberikan kemenangan selesa buat City.



Skuad kendalian Pep Guardiola berhadapan cabaran untuk menembusi benteng Villa dalam aksi liga di Stadium Etihad awal pagi semalam.



Silva akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-79 untuk gol liga pertamanya sejak Julai.



Smith diarahkan ke tempat duduk penonton selepas membantah keputusan pengadil dengan menyatakan bahawa pemain City, Rodri berada dalam kedudukan ofsaid sebelum jaringan Silva.



Tendangan penalti Ilkay Gundogan memastikan kemenangan kesembilan berturut-turut City dalam semua pertandingan dan mereka melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 16 perlawanan.



Selepas perlawanan, badan pengadil mengeluarkan kenyataan yang Rodri tidak mendapat kelebihan kerana pemain Villa Tyrone Mings menyentuh bola terlebih dahulu.



"Ia keputusan yang tidak masuk akal. Saya tidak pernah melihat gol sebegitu diberikan.



"Ia perlu dilihat semula. Saya tidak rasa sesiapa di stadium ini merasakan ia adalah satu gol.



"Adakah kita akan membiarkan pemain-pemain berada di belakang barisan? Beliau ofsaid lebih 10 ela (9.14 meter) dan kembali untuk menghalang pemain kami, ia adalah undang-undang dan keputusan mengarut," kata Smith.



Guardiola bagaimanapun tidak melihat insiden itu sebagaimana Smith melihatnya.



"Saya tidak lihat imej itu di TV. Saya tahu mereka bantah tetapi VAR ada. Saya tidak pasti tentang peraturan tetapi jika ia adalah ofsaid saya pasti gol berkenaan dibatalkan," kata Guardiola. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >