Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Pogba: Man U silap tak tawar saya kontrak untuk kekal di kelab

Bintang midfield Perancis dijangka sertai semula Juventus apabila kontraknya bersama MU berakhir hujung bulan ini
Jun 18, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Paul Pogba berkata beliau mahu menunjukkan bahawa Manchester United telah membuat kesilapan selepas gagal menawarkannya kontrak yang mampu memujuknya untuk kekal bersama kelab tersebut.



Bintang midfield Perancis berusia 29 tahun itu dilaporkan menerima tawaran dianggarkan bernilai £300,000 ($512,000) seminggu sebelum ini.



Namun begitu, menerusi dokumentari baru Amazon Prime berjudul Pogmentary, Pogba mendakwa bahawa kelab itu telah "berbohong".



Beliau dijangka bakal menyertai Juventus semula apabila meninggalkan Old Trafford berikutan kontraknya yang tamat hujung bulan ini.



Dalam dokumentari yang disiarkan semalam, Pogba turut membincangkan masa depannya dengan bekas ejennya Mino Raiola, yang meninggal dunia pada April lalu.



Dalam dokumentari itu, Pogba berkata: "Proses pemikiran saya adalah untuk menunjukkan kepada Manchester bahawa mereka telah membuat kesilapan dalam menunggu untuk memberi saya kontrak... dan untuk menunjukkan kepada kelab lain bahawa Manchester telah membuat kesilapan kerana tidak menawarkan saya kontrak."



BBC Sport difahamkan bahawa United telah menawarkan Pogba tawaran yang lebih lumayan berbanding perjanjiannya sebelum ini.



Dalam dokumentari itu, Pogba berkata, United dua kali memberikan tawaran kontrak baru kepada dirinya, lebih tinggi berbanding gajinya sebanyak £290,000 seminggu yang diterimanya ketika ini, sekali gus menjadikannya pemain menerima gaji tertinggi di dunia.



Bagaimanapun, seperti dilaporkan laman The Athletic, dan yang disiarkan ketika pratonton dokumentari berkenaan, Pogba yang memberi reaksi kepada bekas ejennya Raiola memberitahu tawaran kedua yang diberikan United pada Julai lalu disifatkan sebagai "tiada apa-apa" berbanding (kereta) Roll-Royce yang dimilikinya.



"Bagaimana anda memberitahu pemain yang anda benar-benar mahukan khidmatnya dan memberikan tawaran yang tiada apa-apa? Tidak pernah saya lalui sebelum ini," katanya.



Pengurus United ketika itu, Ole Gunnar Solskjaer, yang diberikan tawaran lanjutan kontrak selama tiga tahun pada Julai 2021 berjanji akan membentuk pasukan yang boleh beraksi bersama pemain tengah berbakat berkenaan.



United beberapa kali berusaha untuk mengekalkan Pogba di Old Trafford, tetapi akhirnya akur untuk melepaskan pemain antarabangsa Perancis itu.



Pogba, yang pertama kali menyertai akademi United dari Le Havre ketika berusia 16 tahun pada 2009, dibenarkan meninggalkan United secara percuma dan menyertai Juventus pada 2012.



Beliau memenangi empat kejuaraan Serie A bersama kelab Italy itu sebelum kembali ke United dengan bayaran rekod dunia £89 juta pada Ogos 2016.



Dua tahun kemudian beliau memainkan peranan besar semasa membantu Perancis menjulang Piala Dunia di Russia.



Bagaimanapun selepas itu, Pogba berdepan dengan pelbagai masalah di United dan mempunyai hubungan yang tegang dengan pengurus ketika itu, Jose Mourinho.



Bekas ejennya Raiola, dalam dokumentari itu berkata: "Kita sentiasa cuba membuat anda berasa selesa seperti ketika anda bersama pasukan kebangsaan Perancis.



"Anda berbeza apabila anda bersama mereka. Anda faham? Anda seperti Pogba yang lain ketika anda bersama pasukan Manchester United. Ia bukan perkara biasa.



"Dengan pasukan Perancis, anda adalah Pogba sebenar, Pogba Juventus, Pogba yang semua orang suka. Dengan Manchester, seperti ada sesuatu yang menghalang anda." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >