Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA DUNIA QATAR

Pogba sah terlepas beraksi di Piala Dunia

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



MILAN: Paul Pogba akan terlepas misi mempertahankan kejuaraan Piala Dunia bersama Perancis berikutan dia memerlukan masa lebih lama untuk pulih daripada pembedahan lutut, kata ejennya.



"Susulan penilaian perubatan semalam dan hari ini di Torino dan Pittsburgh, dukacita dimaklumkan yang Paul Pogba memerlukan masa untuk sembuh daripada pembedahannya.



"Atas sebab itu, Paul tidak akan dapat menyertai skuad Juventus sebelum rehat Piala Dunia atau pasukan Perancis di Qatar," kata Rafaela Pimenta.



Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri pada Jumaat lalu mengatakan pemain tengah berusia 29 tahun itu mungkin tidak akan beraksi untuk pasukannya dalam saingan Serie A sebelum rehat Piala Dunia.



Media Italy sebelum ini melaporkan yang Pogba mungkin terpaksa berehat sehingga 15 hari akibat kecederaan paha.



Pogba adalah antara 12 pemain Juventus yang tidak dapat beraksi ketika ini.



Dia tidak bermain untuk kelabnya sejak kembali dari Manchester United pada musim panas lalu, susulan kecederaan di lutut kanannya Julai lalu.



Pogba antara tonggak kejayaan Perancis ketika memenangi Piala Dunia di Russia empat tahun lalu.



Dia menjaringkan gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Croatia pada aksi final.



Ketiadaannya dalam skuad kendalian Didier Deschamps adalah susulan kepada kecederaan gandingannya di bahagian tengah, N'Golo Kante yang terpaksa berehat empat bulan selepas kecederaan hamstring.



Selain Pogba, penyerang Argentina, Paulo Dybala mungkin terkeluar daripada Piala Dunia kerana kecederaan aneh dialaminya ketika mengambil sepakan penalti buat kelabnya AS Roma pada perlawanan menentang Lecce pada 9 Oktober lalu.



Beberapa laporan menyatakan kecederaan itu menyebabkan Dybala terpaksa berehat hingga 2023.



Ketiadaannya satu tamparan hebat buat Argentina diketuai Lionel Messi yang terdesak untuk beraksi cemerlang sekali gus membawa pulang gelaran juara.



Sementara itu di Paris, kecederaan pemain pertahanan Manchester United, Raphael Varane dikatakan tidak terlalu serius dan mungkin dapat beraksi dalam Piala Dunia, kata satu sumber kepada AFP.



Varane, 29 tahun, meninggalkan padang dalam tangisan dengan kecederaan kaki yang dialami semasa perlawanan antara United dan Chelsea yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.



Terdapat kebimbangan kecederaan yang dialaminya itu mungkin akan melenyapkan peluangnya beraksi dalam Piala Dunia, yang akan bermula pada 20 November di Qatar.



Hasil imbasan menunjukkan tisu paha Varane koyak sedikit tetapi ia adalah kurang serius daripada yang dibimbangkan dan dia masih boleh berharap untuk bermain di Qatar.



Varane, yang pernah mengalami beberapa kecederaan jangka masa panjang semasa kariernya, dijangka dapat pulih semula dalam masa tiga atau empat minggu, menurut satu laporan di Perancis. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >