Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Pogba tidak akan tinggalkan United

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Pogba tidak akan tinggalkan United

Dec 31, 2019 | 12:56 PM

LONDON: Bintang midfield Perancis, Paul Pogba kerap dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Manchester United tetapi ejennya, Mino Raiola memberitahu media Britain pemain itu akan kekal di Old Trafford.

Selepas tersisih dalam perlawanan Liga Perdana bertemu Burnley minggu lalu, Pogba dijangka akan disenaraikan oleh pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer ketika kunjungan ke Arsenal pada Tahun Baharu.

Selain dibelenggu masalah kecederaan, kempen Pogba pada musim ini turut diganggu dengan spekulasi perpindahan keluar dari United dengan beberapa kelab utama Eropah turut dikaitkan tetapi Raiola berkata pemain itu akan menghormati kontraknya.

"Paul sentiasa menghormati Manchester United sama seperti Manchester United menghormati Paul. Dan satu-satunya orang yang bercakap untuk Manchester United dan juga Paul adalah Ole.

"Saya akan mengulangi apa yang dia (Solskjaer) kata. Dia (Pogba) tidak akan berpindah dan ia adalah okay. Hubungan kami dengan mereka bagus," kata Raiola. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3