Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Pogba 'tidak gembira' di Man United: Ejen

Mino Raiola gesa kelab Old Trafford jual Pogba bagi elak pemenang Piala Dunia itu pindah secara percuma di akhir kontrak
Dec 09, 2020 | 05:30 AM



MANCHESTER: Ejen Paul Pogba, Mino Raiola, berkata pemain itu tidak lagi gembira bersama Manchester United dan ia menjejas persembahannya di padang.



Dalam satu wawancara bersama akhbar Italy, Tuttosport, Raiola berkata: "Saya boleh katakan bahawa ia sudah berakhir bagi Paul Pogba di Manchester United.



"Paul tidak berasa gembira di Manchester United kerana tidak lagi dapat beraksi seperti yang beliau harap dan inginkan. Beliau perlu bertukar pasukan, mencari suasana baru.



"Beliau mempunyai kontrak yang akan berakhir setahun setengah lagi, pada musim panas 2022, tetapi saya rasa cara terbaik ialah menjualnya semasa pasaran perpindahan berikutnya.



"Jika tidak, kelab Old Trafford akan kehilangannya secara percuma kerana buat masa ini pemain itu tidak berniat menyambung kontraknya."



Ini merupakan berita terbaru saga Pogba bersama United, dengan Raiola sebelum ini pernah mengkritik pasukan itu dan menyatakan bahawa anak buahnya itu lebih sesuai bermain di kelab lain.



Pogba sebelum ini juga pernah berkata bahawa beliau inginkan satu "cabaran baru".



Pemain berusia 27 tahun itu hanya ditampilkan sebanyak 17 kali dalam musim yang dibelenggu kecederaan.



Persembahannya juga merosot musim ini selepas hanya mampu menjaringkan satu gol sejauh ini.



Pogba, yang masih mempunyai kontrak selama 18 bulan di Old Trafford, sering dikaitkan dengan pemindahan ke kelab lamanya Juventus atau menyertai kelab idamannya, Real Madrid.



Laporan akhbar Telegraph menyatakan bahawa pemain itu berasa tidak senang dengan taktik yang sering digunakan Ole Gunnar Solskjaer.



Pemain antarabangsa Perancis itu telah diberi peranan bebas di bahagian midfield apabila Solkjaer mengambil alih sebagai pengurus pasukan dan beliau menjadi penjaring terbanyak United pada musim 18/19.



Bagaimanapun, kecederaan berpanjangan pada buku lalinya menyaksikan United mendapatkan khidmat Bruno Fernandes dari Sporting Lisbon.



Sepanjang Pogba menjalani rawatan, Fernandes telah mengambil alih peranan pemain yang mampu mencipta peluang dalam skuad Solksjaer.



Baru-baru ini, bekas pembantu jurulatih United, Ricardo Formosinho, mendedahkan tentang masalah yang sering dihadapi sewaktu beliau di kelab tersebut dengan secara tidak langsung mengatakan bahawa Pogba merupakan salah satu daripada masalah itu.



Meskipun tidak mendedahkan sebarang nama, ia jelas disasarkan terhadap pemain itu selepas membangkitkan isu "juara dunia" yang perlu ditangani di kelab tersebut.



Dalam satu wawancara bersama akhbar Portugal, Record, pembantu kepada bekas pengurus United Jose Mourinho itu berkata:



"Saya tidak akan menyebut nama tetapi kami mempunyai banyak masalah - salah satu darinya adalah pemain yang bercuti dan pulang sebagai juara dunia".



Pogba kelihatan memberi persembahan turun naik di padang.



Dalam beberapa perlawanan lalu, beliau kelihatan gagal mengawal bola dengan baik di tengah padang dan umpanan kencang yang sering menjadi mercu tanda permainannya kini pula jarang kelihatan.



Namun, dalam perlawanan menentang West Ham baru-baru ini, Pogba menjaringkan gol hebat dari luar kotak penalti setelah menerima umpanan dari Fernandes.



Gol penyamaan Pogba itu mencetus kemaraan United yang bangkit selepas ketinggalan 1-0 pada separuh pertama untuk akhirnya memenanginya perlawanan 3-1. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >