Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020: KUMPULAN E

Poland tersingkir: 2 gol Lewandowski tidak mencukupi

Jun 25, 2021 | 05:30 AM



ST PETERSBURG (Russia): Pemain gantian Viktor Claeson menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-93 untuk meranapkan harapan Poland dan menyingkir pasukan itu dari Euro 2020.



Sweden, yang memenangi perlawanan itu 3-2, terpaksa bertungkus lumus memburu gol kemenangan selepas Poland bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 0-2.



Dua gol Emil Forsberg memberi Sweden kelebihan 2-0 selepas sejam permainan dan ia seolah-olah mempunyai laluan selesa ke pusingan seterusnya.



Namun Robert Lewandowski menjaringkan dua gol untuk memberi Poland harapan memenangi perlawanan. Namun harapan itu musnah selepas Claeson menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan.



Kemenangan itu bermakna Sweden akan bertemu Ukraine dalam pusingan selanjutnya di Hampden Park, Glasgow, pada 29 Jun.



Sweden menjaringkan gol pertama dalam perlawanan terbuka selepas 82 saat apabila Forsberg dengan tenang menyempurnakan peluang dari jarak dekat.



Pemain midfield RB Leipzig itu kemudian menggandakan gol Sweden selepas menjaringkan gol ketiga bagi dirinya dalam kejohanan itu.



Namun, Lewandowski, yang dianggap antara penjaring gol paling handal generasi ini, mencipta dua saat luar biasa untuk menyamakan kedudukan, termasuk gol penyamaan pada minit ke-84.



Ini selepas beliau gagal menyempurnakan peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan semasa Sweden mendahului 1-0.



Beliau telah menanduk bola tetapi mengenai palang, hasil satu tendangan sudut, tetapi tandukan susulan, dengan gawang terkangkang luas juga mengenai palang lagi.



Dalam perlawanan Kumpulan E yang lain, Sepanyol meraih kemenangan pertama di kejohanan ini selepas ia membelasah Slovakia 5-0.



Ia mara ke pusingan selanjutnya sebagai naib juara, dan akan bertemu Croatia.



Walapun Sepanyol berpesta gol, pasukan yang dipimpin Luis Enrique bergantung pada gol sendiri oleh penjaga gawang Slovakia Martin Dubravka untuk memecah kebuntuan.



Dubravka, yang menyarung jersi Newcastle dalam Liga Perdana England (EPL) menumbuk bola ke dalam gawang sendiri selepas percubaan jarak jauh Pablo Sarabia mengenai palang.



Kesilapan itu mencemari perlawanan yang bermula dengan baik bagi Dubravka, yang menyelamatkan tendangan penalti Alvaro Morata.



Namun gol pertama itu mendorong Sepanyol merancakkan serangan dengan Aymeric Laporte, Pablo Sarabia dan Ferran Torres masing-masing menemui sasaran.



Bak jatuh ditimpa tangga, Juraj Kucka menjaringkan gol sendiri kedua Slovakai pada minit ke-71, melengkapkan kemenangan lima gol bagi Sepanyol.



Kekalahan itu menjadikan Slovakia mengakhiri pertandingan di tangga ketiga dengan tiga mata, dan ia kini tersingkir daripada pertandingan, bersama Poland di tangga keempat. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >