Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN TEMPATAN

Polo air: Jurulatih baru dari Jepun ketuai usaha SG rampas semula emas Sukan SEA

Jan 15, 2021 | 05:30 AM



DUA belas 12 bulan setelah mempertahan mahkota Sukan SEA mereka di Filipina, pasukan polo air lelaki Singapura akan berpisah dengan jurulatih mereka selama empat tahun, Dejan Milakovic.



Jurulatih asal Serbia itu akan digantikan oleh bekas kapten pasukan nasional Jepun, Kan Aoyogi, pada Mac, lapor The Straits Times.



Pelantikan itu dibuat tidak lama setelah Persatuan Renang Singapura (SSA) melantik Paul Oberman dari Australia sebagai pengarah teknikal pasukan polo airnya bulan ini.



Perkembangan itu menyusuli semakan yang dijalankan selepas kekalahan mereka pada Sukan SEA Disember 2019, sekali gus menamatkan keunggulan pasukan lelaki memenangi 27 pingat emas berturut-turut.



Dengan jurulatih baru, SSA akan mendakap falsafah Jepun, setelah percubaan empat tahun bersama jurulatih Eropah menyaksikan kejayaan terbatas.



Naib presiden bagi pasukan polo air SSA, Dominic Soh, berkata: "Pengetahuan dan kepakaran Kan dalam melatih pemain berbentuk fizikal Asia akan memberi manfaat dalam memperbaiki teknik dan gaya permainan pemain kami.



"Tambahan pula, pengetahuannya tentang sistem di Jepan, yang pemainnya juga bukan pemain profesional dan harus mengimbangi antara sekolah dan pekerjaan dengan latihan, akan membolehkan beliau merancang jadual latihan yang akan bermanfaat bagi pemain dan tetap mendapatkan yang terbaik daripada mereka."



Jurulatih berusia 40 tahun itu pemain termuda menyertai pasukan nasional Jepun pada 1998 dan beliau memenangi pingat perak di Sukan Asia 2002 dan 2006, sebelum selaku kapten membimbing pasukannya meraih pingat gangsa dalam edisi 2010.



Aoyogi kini pengurus besar dan ketua jurulatih Kelab Polo Air Bourbon Kashiwazaki, tempat beliau menjuarai liga Jepun pada 2012 dan 2018 sebagai pemain.



Beliau juga secara profesional bermain di Montenegro, Sepanyol dan Italy pada 1999 hingga 2009.



Berikutan persaraannya, Aoyogi menjadi ketua jurulatih pasukan lelaki dan wanita Kelab Polo Air Universiti Niigata Sangyo dari 2010 hingga 2017.



SSA ingin Aoyogi melaksana taktik serangan balas polo air yang ia rasa taktik yang berjaya digunakan pasukan Jepun, demi menebus kekurangan Singapura tanpa penyerang tertubuh besar dan kuat.



Merebut semula pingat emas di Sukan Sea seterusnya dan meraih keputusan podium di Sukan Asia sebelum 2030 juga menjadi keutamaan persatuan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >