Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK 2020: POLO AIR WANITA

AS tewas pertama kali sejak Olimpik 2008

Jul 30, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Juara dunia Amerika Syarikat tewas 9-10 di tangan Hungary di Pusat Polo Air Tatsumi kelmarin, sekali gus menamatkan laluan kemenangan berturut-turut yang paling lama - sepanjang 12 perlawanan - dalam acara polo air wanita Olimpik.



Pasukan wanita tersebut menyasarkan untuk merebut pingat emas ketiga berturut-turut di Tokyo.



Kali terakhir mereka kalah adalah 13 tahun lalu dalam peringkat akhir Olimpik Beijing 2008 apabila mendapat tempat kedua di belakang Netherlands.



Pemain Hungary Rebecca Parkes, yang sebelum itu menjaringkan tiga gol bagi pasukannya, menyumbat gol penentu 45 saat sebelum suku akhir perlawanan tamat, sementara penjaga gawang mereka, Alda Magyari, menyelamatkan 11 cubaan gol.



"Memang hebat apabila dapat tewaskan juara dunia," kata Magyari kepada media.



"Ia memberikan kami tenaga dan keyakinan yang tinggi, namun kami tidak seharusnya percaya kami lebih baik dari orang lain. Kami perlu menghadapi acara ini secara bertahap."



Madeline Musselman menjaringkan tiga gol bagi pasukan Amerika Syarikat, sementara kapten pasukan Maggie Steffens tetap bermain meskipun dengan hidung yang patah semasa perlawanan menghadapi China Isnin lalu.



"Kami agak tergesa-gesa dan gementar, namun saya masih bangga dengan cara kami terus berjuang," kata jurulatih pasukan itu Adam Krikorian.



"Kami perlu bertenang dan tingkatkan kesabaran. Meskipun kami ingin menang dalam perlawanan ini, kami tetap akan belajar dari kesilapan dan terus maju."



Kekalahan itu tidak menjejas pasukan Amerika Syarikat dari kedudukan tinggi dalam Kumpulan B dan mereka tetap akan layak ke suku akhir jika berjaya menewaskan pasukan Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) hari ini.



Kesemua 10 pasukan wanita di Tokyo dibahagikan kepada dua kumpulan dan empat pasukan terbaik dalam kededua kumpulan akan bersaing dalam peringkat kalah mati.



Pasukan Amerika Syarikat akan maju meskipun tanpa menewaskan ROC jika keputusan dalam Kumpuln B memihak kepada mereka.



Juara Eropah Sepanyol ditewaskan 13-14 oleh Belanda dalam satu lagi perlawanan, dengan Simone van de Kraats memimpin pasukan.



Pasukan tersebut mengecapi kemenangan pertama mereka dalam perlawanan itu dengan enam gol dalam lapan percubaan.



Pasukan tuan rumah Jepun yang muncul pertama kali dalam temasya Olimpik tewas di tangan China 11-16 sementara Afrika Selatan ditundukkan Canada 1-21 dalam perlawanan lain. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >