Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pos media sosial The Chosen Wan cetus tanda tanya

Jan 11, 2019 | 07:21 PM



JAGUH tinju profesional Singapura, Muhamad Ridhwan Ahmad, mencetuskan tanda tanya tentang pertarungannya dengan petinju Namibia, Paulus Ambunda selepas memuat naik pos di media sosial mengatakan beliau “akan bersara”.


Di dalam pos tersebut, yang dimuat naik pada awal pagi tadi, Ridhwan atau lebih dikenali dengan gelaran ‘The Chosen Wan’ telah meluahkan hasratnya untuk bersara.


Ini menyusuli masalah komunikasi yang dialaminya dengan syarikat pengurusannya, Ringstar Management.


Namun begitu, petinju berusia 31 tahun itu telah menarik balik kenyataan tersebut dan menegaskan pertarungan yang dijadualkan berlangsung di sini pada 29 Mac ini akan diteruskan setelah masalah yang timbul telah dihuraikan kededua pihak.


Ketika dihubungi Berita Harian, Ridhwan berkata:


“Mungkin tekanan menjelang pertarungan ini terlalu hebat dan kami semua begitu bersemangat dalam apa yang kami lakukan. Kami hanya inginkan yang terbaik, jadi mungkin kerana itu, perselisihan berlaku.


“Walau apapun, pastinya saya tidak akan bersara sama sekali. Kami telah menyelesaikan isu ini dan akan membuat sidang media rasmi tentang pertarungan ini tidak lama lagi.


“Saya tahu saya dapat menewaskan beliau (Ambunda) kali ini. Jadi saya akan letakkan peristiwa lalu di belakang dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertarungan ini.”


Perkara tersebut turut disahkan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ringstar, Scott Farrell sambil berkata “kenyataan rasmi tentang pertarungan ini akan dikeluarkan pada Isnin nanti”.


Ridhwan dan Ambunda bakal berentap semula di gelanggang namun kali ini bagi merebut kategori ‘Silver’ kelas ‘feather’ Majlis Tinju Dunia (WBC).


Dalam pertemuan pertama mereka bagi merebut kejuaraan ‘super bantam’ Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) yang berlangsung di Marina Bay Sands pada September lalu, Ridhwan tewas melalui keputusan ‘split’ kepada Ambunda – satu-satunya kekalahan yang dialaminya dalam 12 pertarungan sejauh ini.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >