Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Potter akur kedudukan tergugat selepas kekalahan

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Chelsea, Graham Potter akur dengan tekanan ke atas kedudukannya di kelab itu selepas kekalahan terbaru di tangan Tottenham.



The Blues tewas buat kali ketiga berturut-turut selepas Oliver Skipp dan Harry Kane meledak gol di babak kedua untuk Tottenham.



Pemilik Chelsea masih memberi sokongan terhadap Potter walaupun hanya merakam dua kemenangan dalam 15 perlawanan.



Ketika ditanya sama ada sokongan itu akan semakin pudar susulan kritikan peminat terhadapnya, Potter berkata:



"Akan timbul persoalan itu, anda tidak boleh menghalangnya.



"Berdasarkan keputusan, saya menerimanya. Ia sebahagian daripada tugas ini. Sebelum perlawanan kita bercakap tentang rancangan Arsenal All or Nothing dan dua tahun di bawah Mikel (Arteta) di mana dia hampir dipecat dan peminat mahu dia keluar.



"Ia dilihat sebagai malapetaka tetapi ia sudah berubah sekarang. Jika anda lihat situasi Jurgen (Klopp), keputusan mereka merosot dan tiba-tiba mereka mahu dia dipecat."



"Ia perkara biasa dalam bola sepak. Saya belum cukup memberi sumbangan di kelab ini untuk mendapat lebih kepercayaan, saya terima keadaan itu.



"Tugas saya bukan untuk memikirkan soal itu. Saya faham soalan berkenaan dan dari mana ia datang, tetapi saya kena fokus untuk membantu pasukan dan menyokong pemain-pemain.



"Saya suka skuad ini. Mereka mahu melakukan lebih baik dan mahu menang. Tetapi ketika ini kami sedang bergelut dan ia tanggungjawab saya.



"Keputusan tidak cukup bagus untuk kelab ini dan kami tidak gembira dengannya. Kami akan cuba memperbaikinya. Pemain-pemain sudah memberikan usaha terbaik mereka.



"Jika keputusan tidak cukup bagus anda tidak boleh mengharapkan sokongan padu. Ia saat yang sukar buat kami."



Spurs sebelum ini tewas kesemua empat perlawanan dengan Chelsea musim lalu, termasuk kedua-dua pusingan separuh akhir Piala Liga.



Sebelum Ahad, The Blues tidak tewas dalam lapan perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Tottenham.



Kedua-dua pasukan tidak berupaya memecahkan kebuntuan pada separuh masa pertama, malah Chelsea bernasib baik untuk menamatkan separuh masa pertama dengan 11 pemain.



Selepas berunding dengan pembantunya, pengadil Stuart Attwell menunjukkan pemain midfield Chelsea, Hakim Ziyech, kad merah kerana menolak muka Emerson Royal.



Namun Attwell kemudian menarik balik keputusan itu selepas melihat insiden itu pada monitor di tepi padang.



Namun 19 saat selepas permulaan separuh masa kedua, Oliver Skipp merembat masuk gol dari jarak lebih 20 meter selepas hantaran pemain termahal Chelsea, Enzo Fernandez, terjatuh kepadanya.



Ia adalah gol separuh masa kedua terpantas dalam perlawanan EPL sejak Gerard Deulofeu (11 saat) menjaringkan gol untuk Watford menentang West Ham United pada Mei 2019. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >