Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN DALAM TUMPUAN

Potter: Cabaran di Chelsea sukar ditolak

Sep 19, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Cabaran sebagai pengurus Chelsea merupakan sesuatu yang "sukar untuk ditolak", kata Graham Potter.



Potter, 47 tahun, meninggalkan Brighton selepas menerima tawaran untuk menyertai pasukan Stamford Bridge itu selepas mereka memecat Thomas Tuchel.



Perlawanan pertamanya sebagai pengurus Chelsea tidak bermula dengan kemenangan apabila hanya mampu seri 1-1 di Stamford Bride dalam pertandingan Liga Juara-Juara menentang Red Bull Salzburg, Khamis lalu.



"Anda perlu melihat tradisi, mutu, saiz dan cita-cita kelab di sini," kata Potter, yang menandatangani perjanjian lima tahun dengan 'The Blues'.



"Ia merupakan satu cabaran yang berbeza dengan apa yang saya hadapi di Brighton.



"Saya telah menimba pengalaman tiga tahun yang menarik di sana dan saya amat berterima kasih kepada pemilik kelab ini kerana memberi kepercayaan kepada saya," katanya.



Beliau menambah: "Tugas utama saya sekarang adalah untuk membantu Chelsea, membantu mereka mempertingkatkan persembahan dan membentuk pasukan yang boleh membanggakan penyokong.



"Kami mahu mencipta pasukan kami sendiri, dan identiti sendiri yang dikenali. Kami akan berjuang setiap hari hingga matlamat kami ini tercapai."



Chelsea memecat Tuchel sehari selepas mereka tewas di tangan Dinamo Zagreb sewaktu perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara dua minggu lalu.



Ditanya sama ada beliau pernah hadir dalam perlawanan Liga Juara-Juara, Potter berkata:



"Saya rasa saya tidak pernah… pengalaman saya dalam Liga Juara-Juara adalah sebagai penyokong sahaja.



"Bagaimanapun sebelum ini saya pernah bersaing di Liga Europa bersama Ostersund, dan menang perlawanan kami di Galatasaray dan kemudian melangkah ke peringkat kalah mati."



Potter dilantik sehari selepas Tuchel dilucutkan daripada jawatannya dan pada hari yang sama pengumuman kematian Ratu Elizabeth II dibuat.



Perlawanan bola sepak telah ditangguhkan pada hujung minggu lalu sebagai tanda penghormatan berikutan kematian Ratu Elizabeth, bermakna perlawanan Chelsea menentang Fulham juga ditangguhkan.



Perlawanan Liga Perdana England menentang Liverpool semalam juga telah ditangguhkan menyusuli "acara yang bakal diadakan sebelum pengebumian Ratu Elizabeth" hari ini.



Tempoh rehat antarabangsa bermula selepas ini, bermakna perlawanan pertama Potter bersama Chelsea adalah menentang Crystal Palace pada 1 Oktober.



"Kami perlu membuat keputusan dengan cepat," kata Potter mengenai pelantikannya. Terdapat banyak perbincangan dan ia sangat hangat.



"Saya berasa senang dengan pemilik kelab ini. Mereka merupakan orang yang baik. Orang yang sangat bijak dengan pemahaman tentang apa yang mereka mahu capai.



"Mereka berfikir untuk jangka masa yang panjang, mereka mempunyai rancangan, jadi itu menarik. Cabaran ini merupakan sesuatu yang sukar untuk ditolak. Ia rasa tepat bagi diri saya.



"Saya akan sentiasa menghormati dan berterima kasih kepada Brighton & Hove Albion tetapi Chelsea adalah kelab bola sepak yang mengagumkan dan memberi cabaran yang hebat untuk kami."



Sementara itu, pengerusi Chelsea, Todd Boehly, berkata beliau sedang mempertimbangkan model pelbagai kelab sebagai cara untuk membangunkan pemain muda.



Pemilik bersama baru itu memberi contoh Manchester City, yang memiliki beberapa pasukan di seluruh dunia di bawah cityfootballgroup dan pasukan Red Bull di Leipzig dan Salzburg, sebagai model yang berjaya.



Bercakap pada persidangan Salt di New York, Boehly menyebut tentang bekas pengurusnya Tuchel buat kali pertama, dan berkata pengurus asal Jerman itu tidak mempunyai "visi bersama untuk masa depan".



"Kami telah berbincang tentang mewujudkan model berbilang kelab, saya ingin terus berusaha ke arah itu," kata Boehly.



"Salah satu cabaran di Chelsea ialah apabila anda mempunyai pemain bintang berusia 18, 19, 20 tahun, anda meminjamkan mereka kepada kelab lain tetapi anda meletakkan perkembangan mereka di tangan orang lain.



"Saya rasa matlamat kami adalah untuk memastikan kami dapat menunjukkan laluan kepada bintang muda untuk dapat jejak di padang Chelsea sambil mendapatkan pengalaman bermain di peringkat tertinggi.



"Dan bagi saya, cara untuk melakukannya adalah melalui kelab lain di suatu tempat dalam liga yang sangat kompetitif di Eropah." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >