Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Presiden FAS mohon maaf atas respons terhadap komen di media sosial

May 13, 2023 | 05:30 AM



PEMANGKU presiden bagi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Encik Bernard Tan, telah memohon maaf atas respons terhadap sebuah komen yang dibuat olehnya.



Ini susulan komen salah seorang pengguna Instagram di profilnya yang menuntut beliau meletak jawatan selepas kekalahan teruk 0-7 oleh pasukan bola sepak lelaki bawah 22 tahun dengan Malaysia pada Khamis dalam Sukan SEA Kemboja.



Ia merupakan kekalahan paling teruk yang pernah Singapura alami dalam temasya sukan itu sejak 1987.



Sebagai balas, Tan berkata: "Saya tidak dibayar. Tawar sekali lalu. Daripada melontarkan kekata keji kepada saya di sini (di Instagram), katakannya di hadapan saya. Mari jumpa."



Beliau juga menyertakan alamat e-mel FAS beliau dan amaran bahawa beliau akan tinggalkan komen pengguna tersebut selama 24 jam sebelum memadamnya.



Sejak itu, akaun profilnya sudah ditukar kepada mod peribadi dan beliau telah mengehadkan komen pada catatan Instagramnya.



Dalam catatan Instagram berasingan pada Jumaat, Tan memohon maaf, kesal atas kejadian itu dan menjelaskan tindakannya.



"Saya sentiasa ingin bersifat lebih terbuka, walaupun melalui media sosial, untuk bertemu orang secara peribadi, kerana ramai yang telah memberi maklum balas membina.



"Tetapi peristiwa malam tadi (Khamis) menyebabkan emosi memuncak dengan beberapa penyalahgunaan di media sosial saya daripada akaun-akaun yang tidak dikenali.



"Saya menyesal atas respons itu dan memohon maaf... Saya manusia. Saya juga terluka," jelasnya.



Walaupun beliau turut menerima mesej alu-aluan, Tan meminta agar mesej tersebut diarahkan kepada pasukan FAS sebaliknya.



Beliau juga berkata FAS "sentiasa terbuka kepada pelibatan dengan pihak berkepentingan" dan persatuan itu telah menasihatkannya bahawa ini akan "sebaik-baiknya dilakukan dalam suasana teratur da formal".



"(Beberapa) soalan sukar akan diajukan dalam tempoh dua minggu akan datang, dan kami akan melakukannya secara terbuka," tambah beliau.



Kededua pasukan bola sepak lelaki dan wanita menggulung kempen Sukan SEA dalam peringkat kumpulan dan gagal mara ke peringkat seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >