Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Presiden Fifa: Asean milik ramai pemain berbakat

Dec 07, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) Gianni Infantino berkata rantau Asean memiliki bakat besar namun perlu diberikan lebih peluang mengembangkan potensinya bersaing di tahap bola sepak yang lebih tinggi.



Demikian menurut Encik Infantino ketika mengadakan satu lawatan ke Singapura kelmarin dan hadir menyerikan perasmian ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang telah diubah suai dan padang baru yang dipasang di Stadium Jalan Besar.



Badan bola sepak sedunia itu menyumbang AS$2.53 juta ($3.5 juta) kepada projek tersebut, yang dijalankan di bawah program Fifa Forward.



"Apa yang kurang di Asean bukan bakatnya. Bakat sudah ada di sini," kata Infantino, 51 tahun.



"Kita perlu mencipta lebih banyak peluang untuk Singapura dan negara-negara lain di rantau ini untuk juga bersaing dengan pasukan di luar Asia."



Dalam mengembangkan peluang bertanding di tahap tinggi, Infantino berkata usaha Singapura untuk cuba melayakkan diri ke Piala Dunia 2034 - iaitu rancangan dipanggil Unleash The Roar yang dilancarkan FAS pada Mac tahun ini - adalah satu langkah ke depan.



Beliau juga menekankan pentingnya bagi negara untuk mempunyai "persekutuan yang bercita-cita tinggi, dan pemerintah yang menyokong baik rancangan, seperti di Singapura".



"Saya fikir apabila anda lihat rancangan dan projek yang dilaksanakan di sini, ia akan menuju ke arah yang betul," tambahnya.



Infantino percaya bahawa ia adalah "tanggungjawab Fifa untuk berusaha dan merapatkan jurang" antara negara bola sepak lebih kecil seperti di Asean dengan pasukan negara yang lebih mantap.



Ini, menurut beliau, dapat dicapai dengan meningkatkan peluang persaingan antara mereka.



Di bawah kepimpinannya yang bermula pada 2016, Fifa telah menaikkan bilangan pasukan bertanding di Piala Dunia daripada 32 kepada 48 pasukan.



Perubahan itu akan mula dilaksanakan dalam edisi Piala Dunia 2026, yang akan dianjurkan bersama Amerika Syarikat, Canada dan Mexico. Cadangan terbarunya, dan yang paling kontroversi, adalah untuk meningkatkan kekerapan Piala Dunia yang diadakan empat tahun sekali kepada format dwitahunan.



Cadangan itu menimbulkan kritikan pedas daripada pelbagai pihak, terutamanya badan pentadbir bola sepak di Eropah dan Amerika Selatan.



Infantino juga berkata organisasinya telah mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) mengenai kemungkinan mengiktiraf Piala Suzuki sebagai kejohanan rasmi Fifa.



Piala itu buat masa ini tidak disokong Fifa - walaupun ia diiktiraf oleh mereka - atau diadakan semasa tempoh perlawanan antarabangsa, yang bermakna kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain mereka untuk kejohanan itu.



Ini menyebabkan beberapa pemain terkemuka Asean yang berpangkalan di Eropah terlepas kejohanan sepenuhnya.



Ini merupakan lawatan kedua Infantino di sini sebagai presiden Fifa. Beliau menghadiri sidang puncak bola sepak eksekutif Fifa di Singapura pada Disember 2016. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >