Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Presiden Halimah: Hargai pengorbanan, fahami tekanan atlet negara

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob, antara tokoh masyarakat lain, menzahirkan penghargaan mereka semalam kepada perenang Singapura Joseph Schooling dan atlet negara lain atas usaha dan pengorbanan mereka untuk bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020.



Puan Halimah berkata warga Singapura harus menghargai pengorbanan serta memahami tekanan dihadapi para atlet negara untuk bersaing di kejohanan antarabangsa.



Beliau menyatakan bertanding di 'Sukan Olimpik bukan satu perkara yang mudah untuk dicapai'.



Puan Halimah menyatakan demikian berikutan komen dan mesej kurang sensitif yang dilihat ditulis di media sosial selepas satu-satunya juara Sukan Olimpik Singapura Schooling terkandas di saringan kupu-kupu 100 meter lelaki kelmarin dan sekali gus gagal mempertahankan pingat emas yang diraihnya di Rio 2016.



Dalam posnya di Facebook pada pagi semalam, Puan Halimah berkata:



"Kita harus menghargai pengorbanan besar dan tekanan yang atlet kita perlu lalui. Dan Sukan Olimpik bukan satu perkara yang mudah untuk dicapai. Mereka bersaing menentang antara atlet terbaik dunia tetapi mereka tetap cuba melakukan yang terbaik mereka.



"Paling tidak, apa yang dapat kita lakukan adalah menghargai usaha mereka dan terus menggalak dan menyokong mereka. Saya gembira masih ramai warga Singapura yang melakukan sedemikian, dan saya mengucapkan terima kepada mereka."



Puan Halimah meluahkan rasa sedih terhadap mereka yang bersikap tidak bertimbang rasa.



"Pada satu ketika, kita mengangkat seseorang dengan tinggi dengan kata-kata kita, tetapi di saat berikutnya, kita menjatuhkan mereka hanya kerana mereka gagal memenuhi harapan kita.



"Kita tanpa henti bercakap tentang membangunkan masyarakat yang baik budi, tunjukkan belas kasihan dan penyayang sebab kita percaya bahawa sebuah masyarakat berkembang maju bukan hanya berdasarkan pertumbuhan ekonomi sahaja. Sangat mudah untuk mengatakan nilai-nilai ini, tetapi jauh lebih sukar untuk mempraktikkannya. Kita akan sentiasa diuji, sama seperti dalam kejadian ini.



"Oleh itu, mari kita bersikap baik hati. Sokong atlet kita dengan sepenuh hati. Mereka sedang melakukan yang terbaik," tambah Puan Halimah.



Malam kelmarin, Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia Edwin Tong, yang kini berada di Jepun untuk menghadiri Sukan Olimpik, juga meminta warga Singapura untuk tidak berubah-ubah hati dalam menyokong para atlet.



Di posnya di Facebook, beliau menulis: "Dalam perkara ini, kita tidak boleh hanya setia semasa seseorang berjaya, menikmati kemenangan ketika mereka cemerlang, tetapi mengkritik mereka ketika mereka gagal.



"Ingat bagaimana keadaannya pada 12 Ogos 2016? Bagaimana Jo membawa kegembiraan kepada kita dengan kemenangan luar biasanya? Ramai antara kita akan ingat hari itu, di mana kita berada dan apa yang sedang kita lakukan pada ketika itu - peristiwa itu begitu peting, dan betapa bangga kita sebagai satu negara.



"Sekiranya kita mahu melihat peristiwa ini sekali lagi, maka kita tidak boleh menyokong atlet kita hanya ketika mereka cemerlang. Kita mesti terus menyokong dan memberi semangat kepada mereka, menggalak mereka, bukan hanya ketika mereka berada di atas, tetapi terutamanya ketika mereka berada di bawah."



Jurulatih renang Schooling, Sergio Lopez juga memberi penghargaan yang penuh emosi kepada anak buahnya, selepas saringan kelmarin, memuatnaik gambar di Instagram memaparkan mereka berkongsi pelukan di Pusat Akuatik Tokyo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >