Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

Presiden Halimah: SG boleh bangga dengan pencapaian sukannya

Ziarahi atlet untuk tinjau persiapan Olimpik Tokyo, sifatkan pencapaian mereka sebagai 'luar biasa'
Jul 02, 2021 | 05:30 AM



PENCAPAIAN atlet Singapura yang akan ke Sukan Olimpik Tokyo menunjukkan sukan di negara ini telah berkembang, dan sokongan pelbagai pihak telah menghasilkan atlet bertaraf dunia, kata Presiden Halimah Yacob.



Beliau menambah bahawa kejayaan para atlet tersebut melayakkan diri ke temasya sukan itu adalah satu pencapaian "luar biasa", memandangkan mereka berdepan pelbagai cabaran dan sekatan dek pandemik Covid-19.



Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini, setelah ditangguh setahun akibat koronavirus.



Semalam, Presiden Halimah mengunjungi tiga atlet - Kiria Tikanah Abdul Rahman (lawan pedang) dan Loh Kean Yew serta Yeo Jia Min (kedua-duanya sukan badminton) - di OCBC Arena untuk melihat persiapan mereka sebelum berangkat ke Tokyo.



Beliau diiringi Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Bercakap kepada media, Puan Halimah berkata Singapura boleh berbangga dengan pencapaian sukannya meskipun mempunyai kumpulan bakat yang kecil.



"Ia benar-benar menunjukkan bahawa sukan di Singapura telah berkembang... (Pemerintah akan) terus memperkukuh ekosistem ini supaya kita dapat menghasilkan atlet terbaik untuk bersaing di arena antarabangsa," ujar beliau.



Puan Halimah menambah adalah "sentiasa menjadi impian kita - bahawa kita akan mempunyai atlet bertaraf dunia".



"Kita mesti mempunyai visi, kita mesti mempunyai impian, tetapi kita juga tahu bahawa ia bukan sesuatu yang boleh dicapai semalaman.



"Kita perlu berusaha gigih, kita perlu orang muda yang sangat berbakat yang sangat berminat dalam sukan dan yang mahu berikan segalanya dan komitmen mereka kepada sukan yang mereka minat.



"Adalah penting juga kita mempunyai ekosistem lengkap untuk menyokong mereka - pemerintah, badan sukan nasional, dan pelbagai agensi yang tampil bersama untuk menyediakan sekitaran yang menyokong mereka," katanya.



Singapura akan diwakili oleh 21 atlet dalam 10 cabang sukan di Tokyo setakat ini, dengan pelari pecut Shanti Pereira dijangka menerima wildcard dan seorang perenang wanita dijangka dicalonkan di bawah kuota keuniversalan.



Meskipun Presiden Halimah tidak akan ke Tokyo disebabkan sekatan perjalanan, beliau akan mengikuti perkembangan mereka, dan menggesa warga Singapura supaya menyokong warga senegara mereka.



"Mereka memerlukan sokongan itu... untuk berasa yakin dan ada kekuatan untuk meneruskan perjuangan mereka.



"Semangat mereka sangat tinggi, mereka sangat terdorong, yang saya dapati sangat memberangsangkan.



"(Mesej saya kepada mereka ialah) jaga diri masing-masing, patuh semua keperluan kesihatan, pastikan diri anda selamat dan sihat.



"Saya tahu mereka akan melakukan yang terbaik dan mereka mendapat sokongan kita. Meskipun kita tidak dapat berada di sana, kita akan menyokong mereka.



"Adalah sangat mencabar bagi mereka kerana tempoh pemutus litar (jangkitan Covid-19) menjejas latihan mereka. Ia tidak mudah sebab mereka berdepan banyak sekatan dari segi cara mereka boleh berlatih, sedang mereka mematuhi langkah selamat dan kesihatan.



"Walaupun begitu, mereka berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik, dan ia benar-benar luar biasa. Ia menunjukkan betapa kuatnya komitmen dan daya tahan mereka. Untuk itu, kita sangat berterima kasih."




"Saya tahu mereka akan melakukan yang terbaik dan mereka mendapat sokongan kita. Meskipun kita tidak dapat berada di sana, kita akan menyokong mereka. Adalah sangat mencabar bagi mereka kerana tempoh pemutus litar (jangkitan Covid-19) menjejas latihan mereka... Walaupun begitu, mereka berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik, dan ia benar-benar luar biasa. Ia menunjukkan betapa kuatnya komitmen dan daya tahan mereka."
- Presiden Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >