Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Presiden Halimah ucap terima kasih, puji pencapaian atlit negara

Mar 28, 2019 | 05:30 AM



PERENANG nasional, Gan Ching Hwee, telah cuba mengenal pasti berapa pantas masa yang perlu dicatatnya dalam usaha melayakkan diri bagi Sukan Olimpik Tokyo tahun depan menerusi acara gaya bebas 1,500 meter.



"Masa peribadi terbaik saya ialah 16 minit 33.54 saat (rekod nasional yang dicatat di Kejohanan Kumpulan Usia Nasional Singapura Sabtu lalu), dan masa Olimpik (kelayakan) ialah 16:32.04, maka masa saya itu cukup hampir.



"Pertandingan kelayakan terakhir untuk layak ialah tahun depan... maka saya fikir pembaikan masa 1.5 saat mampu tercapai - ia hanya pembaikan 0.1 saat bagi setiap pusingan," kata pelajar Sekolah Perempuan Methodist seperti yang dilaporkan akhbar The Straits Times.



Dalam tempoh tujuh bulan, Ching Hwee telah mengurangkan enam saat daripada rekod nasional (16:39:70) yang dicatat di Sukan Asia di Indonesia, tahun lalu, di mana dia buat penampilan sulungnya.



Perenang berusia 15 tahun itu yang turut bertanding di Sukan Olimpik Belia (YOG) Oktober lalu, merupakan seorang daripada ramai muka baru negara ini yang buat penampilan di lima sukan luar negara, tahun lalu.



Dia merupakan antara 209 atlit dan pegawai Team Singapore yang menjadi tetamu Presiden Halimah Yacob di Istana, malam kelmarin, dalam mengiktiraf usaha dan pencapaian mereka.



Singapura telah menghantar 380 atlit untuk bertanding di Sukan Olimpik Musim Sejuk (Pyeonchang, Korea Selatan), Sukan Commonwealth (Gold Coast, Australia), Sukan Asia dan Sukan Para Asia (Jakarta dan Palembang, Indonesia), serta YOB (Buenos Aires, Argentina).



"Di setiap Sukan, anda meraih banyak masa peribadi dan secara bersama mencapai beberapa sejarah penting buat Singapura... terima kasih kerana menerbangkan bendera Singapura tinggi," kata Presiden Halimah dalam ucapannya.



"Apa yang lebih membanggakan ialah hampir dua pertiga daripada seramai 386 anggota kontinjen Team Singapore yang buat penampilan tahun lalu merupakan muka baru dalam sukan masing-masing.



"Lebih penting lagi, muka-muka baru itu membentuk tiga perempat daripada kontinjen Team Singapore di Sukan Asia, dan juga menyumbang hampir 70 peratus daripada pingat yang dimenangi."



"Atlit muda kami mempamerkan potensi baik di sukan tahun lalu, dan saya yakin ini satu petanda yang kita boleh jangkakan pencapaian lebih baik daripada mereka pada masa akan datang."



Setiausaha Agung Majlis Olimpik Nsional Singapura, Chris Chan, mengalu-alukan kerja yang dilakukan Institut Sukan Belia Nasional dalam menyediakan para atlit muda negara ini bagi sukan utama.



"Satu perkara yang jelas buat saya ialah para atlit semakin muda, lebih ramai muka baru, dan saya fikir mereka melibatkan diri mereka dengan baik," kata Chan.



"Kita selalu kata bahawa memenangi pingat merupakan satu bonus tapi buat mereka, mereka jangkakan persaingan.



"Dan selagi mereka banggakan negara dan terus terbangkan bendera, kami amat gembira kerana mereka dalam laluan yang betul."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >